Amat mendukacitakan kita, ada pihak yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas, sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri, tidak mempedulikan batas hudud Allah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku perlanggaran terhadap hudud Allah dan syariat Allah dengan sewenang-wenangnya.
Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz. Menteri Besar Kelantan
Sehubungan itu, tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa, mahupun internet dan disaksikan pula oleh anak-anak muda kita saban hari. Maka, ia semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak. Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain.
Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat membimbangkan, dan ditambah lagi dengan kes kecurian. Begitu pula, kes-kes buang bayi pula semakin membimbang dan menyedihkan. Termasuk juga peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain. Persoalannya, kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah ini? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Manakala undang-undang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT :
Bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [sumber]
1 comments:
Itulah di antara sebab Allah panjangkan umur Tun Dr Mahathir supaya dia dapat melihat kemungkaran-kemungkaran yang pernah dirintisnya dulu dan bakal diteruskan oleh genereasi terkemudian termasuk anaknya, Datuk Mukhriz!!
Post a Comment