Makin lama Umno Teraju pemerintahan negara, makin banyak bayi jadi mangsa, kata setengah Kaum PLKN bolih selesai kes ni…………….JAHIL……..Umno memang Jahil, sudah lama tersesat jalan, sehinggakan Bangsa yang Umno jaga terhebat membuang bayi2, umno MESTI di REHATkan.
Meskipun tiada butiran tepat kaum-kaum yang terlibat dalam kes pembuangan bayi - yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini, pihak berkuasa percaya majoriti mereka yang terlibat merupakan orang Melayu.
Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.
Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).
Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Seksual/Kanak-kanak Bukit Aman, ACP Hamidah Yunus menjelaskan, komposisi kaum yang tepat tidak dapat diberi secara terperinci kerana kebanyakan kes tidak dapat diselesaikan ekoran ketiadaan bukti untuk menahan ibu bapa bayi yang dibuang.
“Kesemua 13 yang didakwa (tahun ini) itu Melayu... yang tak dapat selesai kita pun tak tahulah, kebanyakan bayi yang dijumpai nampak macam Melayu, tetapi orang Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Nepal juga nampak macam Melayu. Kita tak tahu selagi tak dapat siapa yang membuang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kebanyakan bayi yang ditinggalkan sukar untuk dikenal pasti identiti kaum mereka. [berkaitan]
0 comments:
Post a Comment