MODEL cantik Indonesia Manohara Odelia Pinot mengaku senang hati apabila mendengar berita penangkapan suaminya, Tengku Fakhry pada Selasa lalu. Meski penangkapan itu tidak berkaitan dengan kes penganiayaan terhadap dirinya, wanita yang mesra disapa Mano itu gembira kerana akhirnya Fakhry dihadapkan kepada polis.
Fakhry ditahan polis kerana terlibat dalam cubaan membunuh. Lantas Mano menggelarkan suaminya sebagai penjahat.
Tambah Farhat, penangkapan Fakhry membuktikan Tengku Temenggong Kelantanitu memang salah dan harus diadili. Dia juga menyentuh tentang pemerintah Indonesia yang ragu-ragu meneruskan kes Manohara.
"Pekara ini sekaligus membuktikan baginda yang selama ini dikatakan baik, ternyata adalah penjahat. Ini juga sebagai petunjuk kepada kes sebelum ini," jelas Farhat.
Mano juga berharap pihak polis tempatan akan menyiasat Fakhry atas kes penganiayaan terhadap dirinya. [sumber mStar]
0 comments:
Post a Comment