Grab the widget 

Wednesday, May 26, 2010

Dr Mahmood Zuhdi Di Tawar Jawatan Ketua Hakim Syarie Kelantan ?

“Bagaimanapun, penghormatan tinggi kami dan ramai rakyat Kelantan lainnya ke atas Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi terhakis teruk lantaran tulisan beliau di dalam ruangan forum akhbar Utusan Malaysia pada hari ini bertajuk “Che Puan, bersabarlah” yang kandungannya sangat mengejutkan dan sangat bertentangan dengan tahap keilmuan yang dimiliki oleh beliau”.

Sebagaimana ramai rakyat Kelantan lainnya, amat menghormati Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi sebagai seorang tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah dari Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Universiti 'Ain Syams, Universiti Al-Azhar, Universiti Kent dan Universiti Malaya, apa lagi dengan jawatan-jawatan beliau sebagai bekas Pengarah Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya dan sebagai Timbalan Dekan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga merupakan menantu kepada bekas Mufti Kerajaan Kelantan, iaitu Dato’ Mohd Nor Ibrahim, di samping turut merupakan penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah pada 26 Februari 2010.

Panjang lebar lagi sila ke - [The Kelantan Insider]

1 comments:

najib judi said...

mahmood yang dah lama bergelumang dengan hasil judi & arak umno apco ke ?

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM