DAP mencipta sejarah berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi, Sibu yang menjadi kubu kuat BN Malayu Umno Felda sejak 28 tahun lalu.
Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.
Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.
Wong juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak.
Kekalahan BN melalui PRK Sibu menggambarkan bahawa politik pembangunan dikala pilihanraya bukan senjata ampuh lagi, najib sudah terkucil, khusus nya Sarawak bukan macam UMNO Semenanjung dan Sabah, Sarawak tidak memerlukan camput tangan parti Perkauman seperti UMNO dan Ibrahim Ali, ini lah message sebenar nya.
Sarawak tidak perlu kepada PERANGAI2 Pemimpin UMNO Felda semenanjung termasuk blogger2 pencacai nya.
0 comments:
Post a Comment