Grab the widget 

Wednesday, April 07, 2010

Perhatian Blog2 Celako Sokong Pas Kunun nya

Perlu atau tidak Blog2 Celako mengampu Pas ?, atau berguna atau tidak Blog2 Celako pada Pas, atau Pas tidak perlu pada Blog2 celako dan seterus nya Pas tidak perlu pada media baru………………………………….

Barisan Nasional (BN) disaran supaya memaksimumkan penggunaan media baru seperti laman blog dan laman sesawang bagi mendekati pengundi semasa pilihan raya termasuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Dr Ramlah Adam berkata ini penting diberi perhatian kerana laman web dan blog merupakan sumber rujukan utama masa kini yang diguna pakai oleh semua pihak terutama golongan muda dalam mendapatkan pelbagai maklumat termasuk politik.

"Orang sekarang terutamanya orang muda memang hanya bergantung pada media baru, mereka hendak tahu apa-apapun pasti melalui blog, tidak ada lagi rujukan pada buku malah mereka juga kurang gemar dengan surat khabar.

"Oleh itu pemimpin BN perlu sedar senario ini dan mengambil pendekatan dengan menyalurkan maklumat menggunakan saluran seperti ini," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Selain penggunaan media baru, Dr Ramlah berkata BN juga perlu mengutamakan latar pendidikan calon mereka sebelum dilantik untuk bertanding kerana pengundi muda yang kebanyakannya berpelajaran tinggi, lebih melihat calon mereka berdasarkan aspek tersebut.

Kepentingan media baru turut disuarakan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM, Dr Normah Omar dengan berkata banyak maklumat yang tersebar melalu laman pencarian yang disediakan oleh Google misalnya, yang boleh dimanfaat oleh BN.

"Tetapi apabila saya Google tentang perkataan ekonomi Selangor, kenapa maklumat dari Pakatan Rakyat yang keluar.

Ini disebabkan hampir setiap ADUN Pakatan Rakyat mempunyai blog dan website mereka.

"Saya tengok dalam BN, hanya seorang atau dua orang sahaja yang mempunyainya. Kehadiran mereka tidak terasa, kalau perkara ini berterusan anda (BN) akan ketinggalan daripada sosial media," katanya.

Beliau berkata oleh itu BN mesti menggunakan peluang dengan memasukkan seberapa banyak maklumat mereka dalam media baru.

Normah berkata BN tidak boleh bergantung kepada media tradisonal semata-mata seperti akhbar untuk menyebarkan maklumat terutama kepada generasi muda.

"Anak perempuan saya misalnya tidak lagi menonton TV, dia lebih gemar menonton Youtube. Jadi BN juga kena pandai gunakannya media baru ini untuk tarik sokongan." katanya. [ sumber]

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

pada theorynya untuk senario masa kini parti tanpa bloggers pasti bungus... wallahualam.

Anonymous said...

hei !

pas tak perlu pertolongan blog-blog, harakah mustapa ali dah ada, kih kih.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM