Calon pilihan MICUMNO Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, hanya G.Palanivel pilihan MIC.
Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam ini.
Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.
Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan (kiri), Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja. Muligan adalah yang teratas dalam senarai."
Bagaimanapun, Kamalanathan menambah, parti itu hanya mengiktiraf timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon. [berkaitan]
0 comments:
Post a Comment