Cara terbaik menghadapi isu royalti minyak ini adalah ikut seperti mana yang ada dalam perjanjian. Jika kerajaan negeri berkenaan memang patut dapat royalti minyak maka pilihan terbaik bayar saja wang royalti itu mengikut prosedur dalam perjanjian. Bapa Najib, Tun Razak dan Ku Li dulu pun dah lama tahu bahawa memang terdapat minyak di Terangganu dan Kelantan ketika Tun Razak menjadi PM dan Ku Li menjadi Menteri Kabinet lagi. Kedua-dua mereka bersetuju membuat Akta baru (Akta Kemajuan Petroleum) yang memberi hak kepada semua negeri-negeri di Malaysia mendapat royalti jika wilayah mereka mempunyai minyak, tidak kiralah di laut maupun di darat.
…………………………………………………………………………………………………………………………Jangan Lupa !, Datang Ramai2, Pada 18 Mac ini, bekas Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi akan menjelaskan isu tuntutan royalti bertempat di Terengganu Ekuestrian Resort, KualaTerengganu.
Bila Akta baru ini diluluskan, Petronas pun ditubuhkan dan Ku Li menjadi Pengerusinya yang pertama. Tugas pertama Ku Li sebagai pengerusi Petronas adalah meminta semua negeri-negeri di Malaysia menandatangani satu perjanjian untuk mendapat persetujuan mereka untuk memberi hak kepada Petronas mencarigali minyak di negeri-negeri mereka. Petronas berjanji jika terdapat minyak di darat mau pun di lautan, negeri mereka akan dibayar royalti 5% dan kerajaan Persekutuan pula mendapat 5%, yang lain tu Petronas yang punya.
Masa tu pun Ku Li dan Tun Razak dah tahu minyak memang ada di Terangganu dan Kelantan. Ketika itu pun kedua-dua negeri ini sememangnya menjadi kubu kuat PAS, jadi, potensi negeri-negeri ini ditawan oleh PAS memang dah ada sejak dulu lagi. Persoalannya, kenapa Tun Razak dan Ku Li masih buat perjanjian royalti minyak dengan kedua-dua negeri ini walau pun sedar satu hari nanti kedua-dua negeri ini mungkin akan jatuh ke tangan PAS.
Jawapannya, kedua-dua pemimpin ini sebenarnya mempunyai jiwa Melayu yang kental. Mereka tahu kedua-dua negeri ini adalah “negeri-negeri Melayu”, jika negeri-negeri ini jatuh ketangan PAS sekali pun, yang dapat habuan itu tetap orang-orang Melayu dan orang-orang Melayu dinegeri-negeri ini pula adalah orang-orang Melayu termiskin sekali jika dibandingkan dengan orang Melayu di negeri-negeri lain.
Walau bagaimana pun kerajaan Persekutuan masih ingin terus mengawal wang royalti ini sebab itu pertemuan minyak hanya diumumkan setelah kedua-dua negeri ini ditawan oleh BN. BN berjanji akan memajukan kedua-dua negeri ini dengan wang royalti minyak itu jika sekiranya rakyat terus menyokong BN. Malangnya kedua-dua negeri ini berjaya ditakluki oleh PAS walaupun Terangganu dapat ditawan semula. Namun tujuan asal Tun Razak dan Ku Li untuk menolong orang-orang Melayu di kedua-dua buah negeri ini tetap tidak berubah walaupun negeri-negeri ini sememangnya dijanka akan terlepas ketangan PAS satu hari nanti.
Hari ni, Najib sendiri telah mengesahkan bahawa Petronas telah memaklumkan kepada beliau pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301. Sehubungan itu, katanya, pemberian wang ihsan kepada Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan dari medan petroleum Bumi Selatan berkenaan (Utusan 5-11-2009).
Jika hari ni Najib bersungguh-sungguh mahu berlaku adil kepada kaum Cina dan India hingga mahu menghapuskan hak (ekuiti) Melayu, kononnya beliau begitu takut dengan dosa jika tidak berlaku adil terhadap kaum mereka, jika dengan bukan Melayu pun Najib sudah takut berdosa, tidakkah Najib takut berdosa jika beliau terus menerus mencari helah untuk menipu bangsanya sendiri semata-mata kerana negeri ini diperintah oleh parti PAS ???
Jika UMNO bimbang PAS akan jadi bertambah kuat kerana adanya wang royalti ini, inilah masanya wakil-wakil rakyat UMNO perlu berkerja lebih kuat lagi siang dan malam mencari bukti terdapat penyelewengan wang royalti oleh orang-orang PAS supaya rakyat tahu kerajaan PAS ini memang tidak boleh diharap untuk membantu mereka, tetapi bukanlah cara menafikan hak kerajaan negeri ini jika itu yang sudah dipersetujui dalam perjanjian dulu.
Namun begitu, jika BN masih mahu mencari option terbaik untuk membantu rakyat di kedua-dua negeri ini tampa memberi kredit kepada PAS, buatlah macam apa yang Tun lakukan di Terangganu. Tun tidak kawal wang itu dari pusat, Tun serahkan wang itu kepada UMNO Terangganu untuk diagih-gihkan semuanya kepada rakyat Terangganu. Sebab itu PAS Terangganu pun tidak bising sangat sebab mereka memikirkan wang itu masih sampai ke tangan rakyat negeri mereka. Apa jua istilah yang digunakan, gulongan sasar tetap menikmati hasil bumi dari negeri mereka sendiri, itu yang penting.
Tapi sejak Dolah ambil alih, wang royalti minyak telah masuk kedalam satu Dana Khas, dan sebagai Menteri Kewangan beliau sendiri yang pantau wang itu. Apa yang beliau buat untuk rakyat Terangganu?? Bina perkampungan Islam Hadari yang tidak membawa apa-apa faedah tu, buat Moonson Cup untuk jemput artis-artis luar negara datang melawat Terangganu. Buat korban pun pakai duit Patrick Lim. Wang royalti dapat sebanyak RM7.4 bilion, dia bagi kat Terangganu cuma RM5.3 belion, mana lagi perginya RM2.2 bilion tu ?? Tun Dr Mahathir pun tanya dia mana perginya duit tu, sampai sekarang pun dia membisu macam “elephant silence”.
Ini yang kerajaan negeri Kelantan cuba elakkan dari berlaku di negeri mereka, sekali wang itu terlepas, bertukar status menjadi wang ehsan, sampai bila-bila pun Kelantan cuma boleh mengharapkan ehsan dari kerajaan Persekutuan saja. Kenapa jadi bodoh, duit itu dah memang jadi hak negeri mereka kenapa orang luar yang duduk di Putrajaya pula yang berkuasa mengawal duit itu??? Memang patutlah kerajaan negeri Kelantan mahu membawa isu ini ke mahkamah.
p/s: aku kaki cilok………………untuk kebahagian orang lain…………betul tak ?, bro nordin.
0 comments:
Post a Comment