Grab the widget 

Saturday, March 20, 2010

Kelantan Negeri Berdaulat Sebelum Sertai Persekutuan

Sebelum menyertai Persekutuan(bukan KESATUAN) Negeri Kelantan dan Wilayah nya ada lah sebuah Negeri yang berdaulat dan menggunakan peraturan dan undang2 sendiri, serta mengurus sendiri hal ehwal dalam negeri, Siam hanya menerima Ufti tanda berlindung bawah nya dengan tidak mencampuri urusan dalaman negeri Kelantani, ini berbeza dengan negeri2 selat dan negeri2 melayu tidak bersekutu di pantai barat semenanjung khusus nya, negeri2 selat dan negeri2 melayu tidak bersekutu setengahnya diurus tadbir olih British, segala hasil cukai, gaji2 pegawai serta elaun2 raja dan sultan juga di urus olih british(PENJAJAH). [(3) Wilayah bagi setiap satu Negeri yang disebut dalam Fasal (2) ialah wilayah yang termasuk di dalam Negeri itu sebaik sebelum Hari Merdeka.]

Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.

Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.[lihat sini]

Atas semangat semenanjung Kelantan dengan sukarela menjadi sebahagian Persekutuan(era 2020 mungkin kah Persekutuan akan menjadi PENJAJAH BARU ?) Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM