Angkatan Tentera (ATM) akan turut merayu bagi kenaikan gaji anggota dan pegawainya berikutan penyelarasan gaji anggota polis yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ATM berhasrat untuk memohon kenaikan yang sama.
"Penyelarasan gaji anggota polis menjadi penanda aras kepada ATM untuk mengkaji penyelarasan bagi anggota serta pegawainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi ATM di Bandar Tentera Darat di sini semalam.
Menerusi pengelarasan gaji polis, seramai 98,747 anggota dan pegawai polis akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis.
Ahmad Zahid menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan semasa di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menghantar cadangan bagi kenaikan dan penyelarasan gaji anggota dan pegawai tentera kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
1 comments:
Rasanya payahlah untuk berlakunya kenaikan gaji untuk ATM ni dengan keadaan ekonomi negara yang pelik dan ajaib ini.Negara dah tunjuk peningkatan tapi kita duk teruk lagi..
Jangan dengki dengan polis dapat naik gaji sebab mereka ni memang digunakan khas oleh umno untuk tangkap pembangkang....jadi gaji baru ni adalah sebagai bayaran umno untuk polis...tapi guna duit cukai rakyat.
Post a Comment