Grab the widget 

Monday, January 11, 2010

DUN Dabong Kosong ?

Andai kata lah DUN Dabong kosong, pasti selepas ini Ambulan Pusat Kesihatan Dabong tidak berhenti di tengah perjalanan, semata2 kerana saat kelahiran, bagi ibu yang sarat mengandung telah tiba, insiden sebigini sudah acap kali berlaku cerita pemandu2 ambulan ini.

Bayangkan perjalanan sejauh 80km ke Hospital Besar Kuala Krai mengambil masa hampir 3 jam, dengan jalan yang BEGITU TERUK SEKALI DALAM 1MSIA, iaitu antara persimpangan Sg.Sam dan Ke Dabong, sudah banyak kali juga jalan ini di perbaiki, tapi hanya melepas batuk di tangga saja, aku nak tegaskan JALAN INI ADALAH JALAN PERSEKUTUAN, sejauh 40 km memakan masa 2 jam, macam mana tak terberanak tengah jalan.

Kepada Stopa dan Adek Adek jangan cakap besar, jangan penting lebih pada JELI dan BACHOK jah, wang ehsan ke apekejadah nya lagi tu, Dabong nuh !, JPP aku tak berapa harap sangat…………………..niamakahai …gak.

Jalan ni dulu pun di buat dan selenggara olih OKU gak……………………Kepada Pelancung yang ingin ke Gunong Stong di nasihat tidak menggunakan jalan SG SAM-DABONG, guna JELI, G MUSANG atau tidak pun KTMB.

5 comments:

Mr. President said...

Saya menggunakan perkhidmatan aduan secara online kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri berkaitan jalan-jalan di sekitar Dun Dabong yang runtuh, rosak dan berlubang. Terima kasih BPA kerana menyediakan saluran ini bagi mendengar luahan hati rakyat. Tetapi jangan hanya dengar dan terima lapuran sahaja, tindakan pun perlu juga la...

Jalan yang runtuh menuju ke Kampung Kandek, bukan ke Putrajaya...

Sebelum ini saya telah membuat lapuran berkaitan jalan-jalan yang rosak, runtuh dan berlubang di kawasan Dun Dabong. Tetapi amat malang sekali apabila maklumblasa yang diberikan tidak menampakkan jalan tersebut akan dibaiki dalam masa terdekat. Memandangkan sekarang sudah mula musim tengkujuh, hujan turun saban petang. Ini memambah kerisauan penduduk, kemungkinan besar, jalan yang berlubang, akan bertambah teruk.


Jalan yang saya maksudkan ialah jalan yang meuju ke Kampung Kandek, 18200 Dabong, Kelantan. Kenal tak? Tahu tak? Ada ramai pengundi di sana tau...alaa..time pilihanraya, ada je menteri, ketua bahagian UMNO dan orang kuat PAS masuk ke sana berkempen. Takkan tak tahu kot...hehhe

Maklumlah, jalan tersebut bukan ke Putrajaya, bukan ke KLCC, bukan ke pusat2 konvensyen, bukan ke rumah menteri-menteri. Ia hanya jalan menuju ke sebuah kampung terpencil di pedalaman Dun Dabong. Dabong pun bukan tempat tersohor pun. Penduduknya pun barangkali tak bayar cukai jalan, bawa kenderaan pun tiada lesen kot, dahlah cukai jalan tak bayar. Oleh itu, buat apa nak dibaiki. Buat habis pitih, diut je.

Lainlah kalau jalan tersebut menuju ke bangunan parlimen ke, ke pusat2 hiburan, kelab2 malam, tempat-tenmpat hiburan, judi dan sebagainya, barulah cepat2 nak dibakiki walaupun cuma haus je. Ini jalan ke kempung, aahh..apalah sangat kan???

Kalau anda semua nak tahu, jalan yang runtuh ni dah lama, sampai dh naik pokok rumput pun kat tempat runtuh tu. Penduduk kampung ni, nak mengadu tak tahu tempat, so, jalan yang selorang yang masih tinggal tu, guna yang tu je lah. Dah la tempat selekoh. Kalau kemalangan, eksiden, yang sakit, meninggal penduduk kampung, penoreh getah, petani, bukan menteri, bukan raja, bukan sultan, bukan exco, bukan perdana menteri. Oleh itu, pikir-pikir, buat mesyuarat, xpayah baikilah... Dah boleh guna satu lorong tuh....
huhuhu....

Ini yang saya sangat tak puas hati. Jalan yang rosak sikit-sikit tak dibaiki segera, bila dh lama, bukan sedikit dah jadinya, sudah banyak kena dibaiki.

Tak tahulah, mungkin semasa kenderaan JKR, KESEDAR, Kerajaan Negeri , Majlis Daerah Dabong, Majlis Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Jeli melalui jalan tersebut, ok je..jalan nya tak rosak, Tetapi bila kami penduduk lalui jalan tersebut, jalan itu runtuh ke, berlubang ke...mana la tahu kan...huhuhu...

Ataupun nak tunggu terputus terus baru nak baiki? ke nak tunggu ada yang mati, patah kaki dl baru nak baiki. Ke nak suruh kami memberontak??? jangan hanya sedap jawab xde projek, xde peruntukan, yang kami duk bayar cukai jalan buat apa hah???? Buat apa diut tu????? kalu saya kata buat kempen Pilihanraya marah kat rakyat pulak, tuduh macam2...

Dahlah bagi alasan, kami tak minta alasan, kami nk progress kerja. lakukanlah yang terbaik. Kalau kami ada kuasa, ada kekuatan, ada dibayar gaji untuk selesaikan masalah rakyat, dah lama kami desak agensi-agensi terbabit supaya dibaiki segera jalan ke kampung tersebut.


Anda semua dibayar gaji unutk menguruskan negara ini. Oleh itu, jangan bagi alasan yang mengada2 nih, kami dh jemu dengar.

Saya harap kali kedua saya buat laporan ni, dapatlah kiranya menampakkan perubahan. Jika ada sesiapa yang eksiden di situ, siapa yang dipersalahkan? Nak salahkan bawa laju, eh, tempat yang macam tu, bw perlahan la.. Dh lah selekoh. Kalau tak tahu tempat di mana, hubungi saya, saya boleh tunjukkan di mana.

Sekian dipohonkan. Selaraskanlah dengan slogan PM kita ya....

Mr. President said...

TELAH 2, 3 KALI SAYA MEMBUAT ADUAN BERKAITAN JALAN TERSEBUT. TETAPI IANYA TIDAK MENAMPAKKAN PERUBAHAN YANG SERIUS BERKAITAN KEROSAKN JALAN TERSEBUT.
JALAN TERSEBUT TELAH BERLUBANG-LUBANG DAN ROSAK TERUK. STRUKTUR JALANNYA YANG TIDAK BAIK DN TIDAK DISELIA DENGAN BAIK MENYEBABKAN IALANYA ROSAK.

JALAN TERSEBUT MENUJU ADALAH JALAN SUNGAI SAM - DABONG. TERDAPAT BEBERAPA TEMPAT YANG ROSAK, DI SUNGAI SAM DAN DI KAMPUNG SLOW TEMIANG. JUGA DI ATAS BATANG JALAN YANG SAMA.

JIKA INGIN MENYALAHKAN KEPADA LORI-LORI BALAK PUN TIDAK KENA JUGA, INI KERANA, LORI-LORI BALAK YANG SAMA JUGA MELALLUI JALAN KULA KRAI - GUA MUSANG, TETAPI MENGAPA JALAN TERSEBUT TIDAK ROSAK TERUK? LAGI BANYAK LORI MELALUI JALAN TERSEBUT, MENGAPA HANYA JALAN DI SUNGAI SAM YANG ROSAK? MENGAPA INI BERLAKU? ADAKAH MEBUAT JALAN TIDAK IKUT SPESIFIKASI? MINTA ALLAH JAUHKANLAH JIKA INI BERLAKU.

YANG LEBIH MALANG LAGI, SAYA BERKEBETULAN MELALUI JALAN KUALA KRAI - GUA MUSANG UNTUK KE BANDAR KUALA KRAI. SAYA DAPATI KERJE-KERJA MENAMPAL JALAN DAN MEMBUNAG JALAN DI CABANG SUNGAI SAM DAN DEKAT CABANG MANEK URAI LAMA.

PERSOALANNYA, MENGAPA JALAN TERSEBUT DIBAIKI DENGAN SEGERA? ADAKAH IANYA ROSAK SETERUK JALAN SUNGAI SAM? CUBA LAH TUAN-TUAN BAYANGKAN, MCM MANA ROSAKNYA JALAN SUNGAI SAM BERBADING JALAN-JALAN YANG DIBAIKI DI CANAG MANEK URAI. JAUH LANGIT DAN BUMI LA.

MENGAPA JALAN TERSEBUT DIKOREK? SEDANGKAN RINTIHAN SAYA BERKAITAN JALAN SUNGAI SAM TIDAK DIENDAHKAN? JKR KATA TIADA PERUNTUKAN? EH, YANG BAIKI JALAN DI CABAG MANEK URAI TU PERUNTUKAN DARI LANGIT KE? KE XMAU BAIKI JALAN DI SUNGAI SAM? MENTANG-MENTANGLAH JALAN ITU BUKAN KE BANDAR, BUKAN KE PUTRAJAYA. MAKA TIDAK DI BAIKI LAH?

SAYA BERHARAP SELAGI JALAN ITU TIDAK DIBAKI SEPERTI JALAN-JALAN LAIN. SELAMA ITULAH ADUAN SAYA AKAN SAMPAI. SAYA TAHU, MEMANG ADUAN SAYA NI TAK DIPANDANG PUN, APAPUN, USAHA SYA UNTUK KEPENTINGAN UMUM. SAYA TISDAK ADA NIAT PUN NAK JADI WAKIL RAKYAT. TAPI DAH JADI TANGUNGJAWAB SAYA MEMAKLUMKAN HAL YANG MENYUKARKAN RAKYAT YANG WAKIL-WAKIL RAKYAT HENDAKKAN UNDI PADA SETIAP PILIHAN RAYA.

SEKIAN, INGATLAH ALLAH TAALA.

Mr. President said...

Syabas tuan blog, ungkit isu ini..saya sokong sangat2...

pisangmalaysia said...

Salam tuan blog..
Nama jah jalan tu jalan persekutuan namun hakikatnya ia berada di negeri kelantan, oleh itu, faham-faham saja lah.apa saja yang ebrsangkut paut dengan negeri kelantan ni ...Kalau orang yg mengaji dia tau la tanggungjawap sapa nak perelokkan jalan persekutuan ni.Satu lgi jalan yg rosak teruk ialah Jalan Jelawang - Gua Musang...kalu kereta lowed, InsyaAllah akan jadi kereta Reli lah. Tiap2 kali saya kelik ke kampung guna jalan ni sejak dibuka hingga la minggu lepas MASIH sama jugak.Antara faktor ialah kualiti TAR atau spesifikasi tu dia tidak ikut langsung, pastu selnggaraan ikut suka tok wan kontrektor jah nak buat ke tak nak buat dan juga AGENSI KERAJAAN TIDUR MAMPUS..sebab apa?Tuan-tuan ada jawapan sendiri lah...TAPI bila time nak ngundi??????(JAwap SENDIRI lah!!!)

Mr. President said...

Inilah antara jawapan yang saya perolehi dari JKR...walaupun jalan tu bukan 2,3 hari rosak..dah lama rosak...kenapa sukar sangat utk dibaiki....


Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih diatas keperihatinan tuan untuk memajukan aduan tersebut kepada pihak kami. Pihak kami juga mohon maaf diatas kelewatan memberi maklumbalas ini.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari JKR Daerah Kuala Krai, laluan yang terlibat adalah jalan negeri (D229). Mendapan berlaku sejauh 50m dengan kedalaman 3m. Separuh dari pavement jalan telah mendap iaitu disebelah cerun yang dianggarkan dengan kedalaman 7m. Kos anggaran bagi membaikpulih mendapan adalah tinggi. JKR Kuala Krai tidak berkemampuan/berupaya untuk melaksanakan secara jabatan (menggunakan pekerja dan jentera JKR) memandangkan pembaikan melibatkan tahap teknikal yang tinggi. Walaubagaimanapun laluan tersebut masih boleh dilalui selorong. Tindakan awal yang telah diambil oleh pihak JKR ialah dengan memasang papantanda pemberitahuan dan road barrier sebagai panduan kepada pengguna supaya lebih berhati hati apabila melalui lokasi tersebut.

Untuk makluman, pihak JKR Daerah Kuala Krai telah memohon peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan menyeluruh sejak Januari 2009, namun sehingga kini peruntukan masih belum diterima. Sehubungan itu, pihak JKR Daerah Kuala Krai ada merancang bagi melakukan kerja penyenggaraan dengan menggunakan peruntukan penyenggaraan jalan negeri tahun hadapan (2010) sekiranya peruntukan yang dipohon tidak dapat disalurkan. Kerja penyenggaraan ini hanya terhad kepada penyediaan jalan lencongan sementara supaya laluan 2 lorong dapat diwujudkan.

Dikesempatan ini pihak kami memohon supaya pihak pengguna jalan memahami akan kekangan yang dihadapi oleh JKR sebagai sebuah agensi pelaksana dan ini bukan bererti tindakan tidak diambil. Pengguna juga dipohon untuk memberi berkerjasama terutama mematuhi papantanda amaran supaya insiden yang tidak dingini dapat dihindarkan sehingga lokasi tersebut diperbaiki. Pihak JKR sedang dan akan terus berusaha sedaya upaya mengambil pendekatan dan ruang/saluran yang ada untuk mendapatkan peruntukan bagi kerja pembaikan bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna jalanraya.

Pihak tuan boleh hubungi Pejabat JKR Jajahan ( Daerah) Kuala Krai melalui no telefon 09 - 9666140 (waktu pejabat) untuk maklumbalas lanjut.


Sekian, harap maklum dan terima kasih.



Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 7660 / 7664

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM