Grab the widget 

Tuesday, January 26, 2010

Aduka Taruna Perintah Reman Esok

Sah Aduka Taruna telah menyerah diri kepada polis di IPD Kota Bharu Kelantan 4.40 isnin 25jan.2010, beliau di jangka polis mendapatkan perintah reman siang nanti di mahkamah Kota Bharu, beliau juga di jangka di siasat olih pasukan penyiasat dari Bukit Aman.

Aku secara peribadi sebelum ni juga tidak setuju dengan sesetengah artikel yang ditulis di blog nya, dengan gaya bahasa nya yang terlampau.

Setakat ni aku sudah faham bahawa Aduka Taruna telah menjadi mangsa keadaan, perkiraan aku beliau ada sesuatu yang orang lain tidak tahu, beliau bukan dari golongan elite atau anak orang2 ternama, hanya sekadar penjaja pasar2 malam sahaja, anak jati N9, lihat pada idea2 tulisan beliau tak sepadan dengan orang nya, tapi gaya bahasa Alamak !.

Aku walaupun tak setuju dengan beberapa hal dengannya dan tak kenal pun sebelum ni, tapi atas dasar warga marhaen dan rakan sama2 berjuang membawa idea sendiri di alam cyber, aku terpanggil untuk memberi sokongan moral, walau pun pahaman politi tak selari dengan aku.

Aduka Taruna akan tercatat dalam sejarah negara, kerana beliau telah menjadi mangsa keadaan.

Batang tubuh Aduka Taruna bukan orang hebat, tapi kepala Hotak diaa……….bayangkan seorang yang hanya menjual mencari sesuap nasi hanya di pasar2 malam.

Tapi ALLAH lebih sayang kan dia, dalm kes ini akn mendewasakan Aduka Taruna, tengok lah selepas ini siapa aduka taruna sebenar2 nya.

N3 aduka taruna yang menjadi heboh perlu di baca ulang berkali2, mengikut apa yang aku di fahamkan, maksud nya lain dari apa yang sedang kecoh, hanya bahasa yang di akui nya sendiri memang biadab.

Kenapa aduka taruna menyerah diri di Kelantan ?, kebetulan isteri yang baru di nikahi sebulan yang lalu orang kelantan.

Aduka Taruna kau mentimun akan menjadi cahaya laser masa depan.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM