Grab the widget 

Saturday, December 19, 2009

Fuhh ! Engine Pesawat TUDM Pun Bolih Hilang ?

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

Fuhh ! macam mana nak jaga negara ni ?, kalau begitu sudah berapa banyak dah spare part2 ni hilang yang tak dilapurkan nih, RM50 juta tu harga scrap, harga standard tak tahu lah………Oii ! RM50 juta…………. bukan 50 sen, siapa Menteri masa tu ?.

Dah letih dah mak bapak aku menoreh getah, berkebun sayur, menanam padi, ke laut mencari ikan, menuai sawit, tanam tembakau nak tanggung benda tu, mak bapak aku bukan nya CEO mana2 badan Kerajaan  laa………. lapuran penuh disini

1 comments:

Anonymous said...

Kita lihat siapa yang akan di persalahkan. Tapi biasa lah akan di cari kambing hitam. Menteri mesti pecat itu Panglima Angkatan Tentera yang tak ada telor yang suka main golf dengan kontrektor di Kunming China, Jakarta dan Bangkok. Bodoh punya general nak jaga TUDM pun tak mampu tapi macam mana bolih di lantik jadi Panglima Angkatan Tentera?
Nak tahu lagi Yob!!! TUDM ni juga beli pesawat jet MB339 dari Itali tanpa enjin. Tak ke baghal dan bahlol nama nya? Lu fikir lah sendiri.

Komen Terkini

lain lain artikel