Grab the widget 

Saturday, November 21, 2009

Hujan Tengkujuh Ada Yang Bersedih

Sejak beberapa hari lalu hujan tak henti di belah Kelantan selatan dalam gelombang kedua musim tengkujuh ini.

Kepada nelayan, penoreh getah ,petani, pesawah padi dan pekerja yang beratapkan langit, ini lah masa keperitan hidup yang teramat dirasai.

Memandangkan tak berapa lama lagi Hari Raya Haji, lepas tu sesi sekolah nak bermula, ada setengah pulak anak2 yang berjaya mendapat tempat di IPTA/IPTS nak mendaftar diri memulakan sesi pengajian.

Apa kata orang senang……………….. kerja tak ingat belakang hadapan, tidak nak berjimat cermat untuk masa depan dan susah, Oi !, mereka2 tu kais pagi makan pagi la……bahlul, macam tok guru jugak.

Pada musim tengkujuh ni jugak lah agensi2 kerajaan akan membahagi 10 Kg beras, sekilo gula dan setin sardin, maka berebut2 lah pemimpin2 tunjuk muka siap dengan posing lagi di depan wartawan2 semasa menghulurkan bantuan banjir.

Satu, semua penghulu2 di Kelantan cuba ambil perhatian, aku dengar ada agensi2 Kerajaan negeri yang menyediakan dana untuk pelajar2 yang mendapat tawaran pengajian ke IPTA/IPTS, tolong lah kepada anak2 orang miskin nih, tolong lah tok penghulu panjang kan perkara in kepada YB masing2, jangan dok senyap jah, biar lah walau pun tak dapat untung pun.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel