Pada zaman Rasulullah SAW dan Khalifah al-Rasyidin, ketua kerajaan adalah ulama sendiri. Selepas itu ulama jarang menjadi ketua kerajaan.
Sejarah juga membuktikan gandingan ulama dan umara berjaya mewujudkan tamadun Islam cemerlang. Pada zaman Kerajaan Umayyah, Abasiyyah dan Othmaniah Turki yang bermula dari abad ketujuh hingga 15 Masihi, berjaya melahirkan kegemilangan kerajaan Islam kerana hasil kerjasama hebat ulama dengan umara. Pada masa itu ulama bebas keluar masuk istana dan tampil di tengah-tengah masyarakat bagi memberi fatwa dan nasihat dalam isu berkaitan kehidupan rakyat.
Berdasarkan realiti politik di negara ini, barisan umara dipilih oleh rakyat dan sudah pasti mereka mempunyai pengaruh dan penyokong kuat. Begitu juga ulama sejak turun temurun mereka adalah golongan amat dihormati dan disanjung masyarakat kerana menjadi benteng mempertahankan dan mengukuhkan negara, masyarakat dan agama. Mereka juga mempunyai pengikut dan penyokong tersendiri.
Oleh itu, gandingan ulama – umara dan umat Islam penting dalam mengukuhkan kesejahteraan ummah. Ketiga-tiga institusi ini harus bersama-sama, saling bantu-membantu dan saling mendengar.
Dari segi hukum Islam, umat Islam wajib taat kepada umara walaupun fasik selagi umara tidak memaksa umatnya melakukan maksiat. Ibnu Abbas meriwayatkan hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu daripada pemimpin hendaklah ia bersabar, kerana sesiapa yang lari sejengkal daripada ketaatan pemimpinnya, maka ia mati dalam keadaan seperti orang jahiliah (Riwayat: Bukhari).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Negeri adalah agensi utama yang menjadi wadah ulama memberi pandangan kepada kerajaan melaksanakan Islam dan pembangunan di negara ini.
rujukan disini, dan sini, dan sini, dan sini
secara etimologis (bahasa), fasik (al-fisq) maknanya adalah keluar (al-khurûj).
secara terminologis (istilah), menurut al-Jurjani, orang fasik adalah orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan.3 Sedangkan al-Manzhur lebih lanjut menjelaskan bahwa fasik (al-fisq) bermakna maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar. Fasik juga berarti menyimpang dari agama dan cenderung pada kemaksiatan; sebagaimana iblis melanggar (fasaqa) perintah Allah, yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya. Allah Swt. berfirman:
]فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ[
Mereka kemudian berbuat fasik terhadap perintah Tuhannya. (QS al-Kahfi [18]: 50).
Dalam ayat di atas, frasa berbuat fasik terhadap perintah Tuhannya artinya keluar dari ketaatan kepada-Nya.
Fasik juga berarti keluar dari kebenaran (al-khurûj ‘an al-haqq). Karena itu, fasik kadang-kadang berarti syirik dan kadang-kadang berarti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasik (fâsiq/fasîq) jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasik juga berarti keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Karena itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat (al-‘âshî) disebut orang fasik.
1 comments:
Blog Majlis Tindakan Dun Dabong
http://mtddabong.blogspot.com
Post a Comment