Grab the widget 

Friday, October 30, 2009

Jambatan Maut Urusan JPN Perak ? JKR Tidak Tahu Menahu Projek wangM’sia

Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) tidak terlibat dalam proses kelulusan pembinaan jambatan gantung yang roboh dan mengorbankan tiga pelajar sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di Kampar malam Isnin lalu.

9b079af57cf0256094ec39b6d012f0a8 JKR Perak tidak tahu menahu tentang Jambatan maut itu, juga tidak meluluskan nya dan kos nya juga tidak tahu.

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat.

Beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Guru besar SK Kuala Dipang, tempat kejadian jambatan gantung runtuh selepas perjumpaan dengan spRM Diminta mengulas syarikat yang membina struktur maut itu dan kosnya, Alwi berkata "itu bukan urusan saya, kena tanya JPN."

Semua dah pening, yang mati telah mati, yang hidup tuduh menuduh.

1 comments:

Anonymous said...

bangau oh bangau ....
jom le nyanyi ramai2

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM