Grab the widget 

Thursday, July 02, 2009

TAK GUNA BERPELAJARAN TINGGI TAPI PENYANGAK KHAZANAH RAKYAT PRK N41 MU

Wah ! wah ! wah !, tidak di nafi kan mempunyai Ilmu atau pelajaran tinggi adalah baik, tambah tambah lagi di ganding kan dengan Ilmu keAgamaan, tidak ada makna mempunyai ilmu yang setinggi mana pun kalau akhlak nya buruk, jika memimpin khianat amanah rakyat dan menyangak harta rakyat. yang penting nya bila berpendidikan tinggi mesti di ganding dengan amalan dengan apa yang di pelajari dan berakhlak mulia, ini sangat penting sebagai seorang pemimpin, atau hendak memilih pemimpin.

Banyak contoh contoh, pemimpin yang berpendidikan tinggi tapi penyangak, tengok saja RM2.5 billion BMF scandal, terbaru RM12.5b PKFZ Scandal dan banyak lagi, semua nya umum mengetahui nya, tiada satu pun penyangak itu terdiri dari orang berpelajaran tahap rendah terlibat, bukan nya orang tamat darjah 3, SRP atau SPM, untuk selingan baca lah di sini untuk release tention

Berpelajaran tidak semesti nya mempunyai sehelai kertas SIJIL,DIPLOMA, IJAZAH atau PHD dan sebagai nya, Ilmu atau pelajaran bolih di dapati dimana mana saja, hanya masa dan peluang serta kehendak diri sendiri saja yang menentukan, kalau di lihat kepada sistem pendidikan negara ini tak lebih dari untuk lulus ujian dan pepereksaan saja.

Pada aku, aku yakin dengan Ayat Qur’an pertama yang di turun kan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallah hu’alai hi Wasallam, iaitu IQRA’, maksud nya BACA LAH, amat luas pengertian nya, baca disitu bagi aku, tidak semesti nya membaca ABJAD atau DIGIT semata mata, A B C , ALIF BA TA atau 1 2 3 saja, bagaimana Baginda Nabi hendak membaca, sedangkan Baginda buta huruf……olih kerana Baginda di pimpin dan diajar olih ALLAH  terus, tanpa halangan Baginda akhir nya dapat membaca dengan AKAL dan HATI NYA walau pun tanpa sijil, begitu juga kita, apa guna ada AKAL dan HATI, kalau tidak dapat membaca sesuatu yang baru selain yang ada depan mata kita, baik atau buruk dan sebagai nya, sesuatu penemuan baru baik dari sains, teklogi, ada kah itu telah di ajar olih pensyarah atau guru ? , tentu nya tidak, kita bolih membaca sesuatu yang baru dengan berlandas kan panduan Iman dan Kenyakinan kita kepada ALLAH sesungguh nya ILMU ALLAH itu maha luas.

Jadi baca lah dengan Akal dan Hati walau pun di DUNIA ini tidak di TAULIAH kan  dengan nama sekeping kertas yang dinamakan SIJIL atau sebagai nya.

Selama mana kita berpegang dengan yakin dan taqwa pada ALLAH selama itu lah ALLAH menjaga kita dari membuat khianat, menyangak harta rakyat sekiranya di beri peluang menjadi pemimpin.

Sementara ada masa dan hayat, belajar lah di mana saja, apa jua ILMU pun yang bermanafaat, jangan jadi kan faktor USIA sebagai alasan.

BIAR LAH TIADA SIJIL ASAL KAN JANGAN JADI PENYANGAK AGAMA, BANGSA DAN HARTA RAKYAT.

Wasallam !…………….TAKBIR !………..ALLAH HU AKBAR !

2 comments:

bojeng come said...

Take a bow guys.. (cari makna dalam kamus)

Ini komen dalam satu yahoogroup from one ex-ExxonMobil manager.

Re: [MCOBA-MALAYSIA] PRU13
The Sunday STAR reported the potential PAS candidate for Manik urai is the Kuala Krai PAS Treasurer, Haji Fauzi Abdullah, a person i know very very well. A mercedz driving biznessman,towkay ikan,minyak dan ice!! Graduate of university of hardknocks...
susah yang tu (lawan beliau) nak menang kalau beliau calon PAS. 2nd teh tarik on me??

yuna said...

saya berani confirm yang Hj Fauzi ni tiada hutang kad kredit.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM