Grab the widget 

Thursday, July 30, 2009

LAYAK KAH HARUSSANI JADI MUFTI DAN BERIJTIHAD

RUJUK PENDIDIKAN HARUSSANI

imagesd 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)

 

 

RUJUK PENDIDIKAN NIK ABDUL AZIZ

nik-aziz52 Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[3] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.

Beliau juga pernah menuntut di:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
Universiti Deoband, India – 1952
Universiti Lahore, Pakistan - 1957

Beliau mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil

KELAYAKAN IJTIHAD

Ijtihad (bahasa Arab اجتهاد) ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.

Sekiranya sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan berautoriti, maka ijtihad tidak lagi perlu. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran-pengajaran di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan.

Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian terhadap hukum ini. Jika sarjana itu kurang layak dalam satu-satu aspek, tetapi amat pakar dalam aspek-aspek yang lain, maka dia boleh mendapatkan kepakaran-kepakaran daripada para sarjana lain. Konsep ini dipanggil ijtihad kolektif, yang berasaskan kepada pakar (tajazzu' al-ijtihad). Contoh mudah ialah penentuan hukum dalam eutanasia atau mercy killing. Ketika ini, mungkin para sarjana fiqh dan sarjana perubatan boleh bergabung fikiran untuk melakukan ijtihad secara kolektif. Begitu juga dalam kes-kes seperti GM Food atau "makanan diubah secara genetik", para sarjana fiqh perlu mendapatkan pandangan-pandangan pakar dalam bidang bio-teknologi dan sebaliknya.

Kajian mendapati terlalu banyak kes kes hukum fiqh terutama dalam bab-bab kepenggunaan yang wujud di dalam fiqh terdahulu memerlukan perubahan dalam konteks semasa. Fiqh yang terbina dalam konteks umat dahulu tersusun di atas asas penyelidikan yang terhad dalam ruang lingkup teknologi dan situasi semasa mereka.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM