Grab the widget 

Saturday, January 24, 2009

MATI TIBA TIBA,MENGEJUT,PARU PARU BERAIR,KES BUNUH,MENCEROBOH,KERJA PEJABAT

Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah, mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya dekat Shah Alam hari ini.
   
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi ketika lelaki itu disoal siasat berhubung kes samun dan curi kereta mewah membabitkan kumpulan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.
   
"Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah klinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati," katanya, lapor Bernama.
Khalid berkata lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Puchong, ditahan pada 15 Januari lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan samun dan curi kereta mewah jenis Toyota Camry dan Honda Accord di Sungai Chua, Kajang.

Mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.
   
Khalid berkata keluarga lelaki terbabit ada memaklumkan lelaki itu menghidap penyakit asma.

Gani patail mengklasifikasikan (kes itu) sebagai kes bunuh

di KUCHING, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam berkata, polis akan menyiasat kes kematian Kugan.


Katanya beliau akan mengarahkan pegawainya untuk menyiasat kes tersebut secara terperinci sebelum sebarang tindakan dan keputusan dilakukan.

"Kita akan siasat, kerana saya difahamkan dia (Kugan) meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tiga penjuru pertama Ketua Polis Malaysia, Indonesia dan Brunei di sini.

Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana seoang pemuda A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan itu akan diteruskan kerana terdapat dakwaan bahawa kematian tahanan A. Kugan, 22, pada 20 Januari lalu berunsur penderaan semasa di lokap.

"Laporan bedah siasat yang didapati malam tadi menunjukkan tubuh mangsa mengalami kecederaan. Kita akan menyiasat punca kecederaan itu walaupun doktor mengesahkan ia (kecederaan itu) bukan punca yang menyebabkan mangsa mati," katanya pada sidang media perasmian kempen keselamatan lebuhraya Kajang-Seremban
(LEKAS) di ibunegara hari ini,

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam turut dipanggil oleh Polis Selangor berhubung insiden 'menceroboh' bilik mayat Hospital Serdang dalam kes kematian seorang suspek semasa dalam tahanan Selasa lalu.

Manikavasagam berkata, pihaknya mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa bilik mayat tidak diceroboh oleh mereka dan 50 yang lain, sebaliknya telah dibenarkan masuk oleh pegawai perubatan.

"Apabila dibenarkan kami masuk... saya tiba pada pukul 10 malam selepas diminta bantu oleh keluarga mangsa dan dua jam kemudian Murugaiyah pun datang," kata beliau yang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya ketika dihubungi untuk menguruskan proses bedah siasat kali kedua ke atas mayat suspek.

P/S mati tiba tiba, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut, asma, (kes itu) sebagai kes bunuh, paru-paru berair, (kecederaan itu) bukan punca yang menyebabkan mangsa mati, dipindahkan, melakukan kerja-kerja pejabat, akuuuu ! pening, bingung tak tau lah apa nak jadi negara kita sekarang ni, SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI ANDA BOLEH MEMBUAT PELBAGAI ANDAIN.


0 comments:

Komen Terkini


On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Eh jap.. tapi raja kecik Tu anak dia Kan.. so dia kawin lah kwn ?

On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Sbb dia tak kawin kot..

On Nov 14 ayac commented on imam raba dada pemuda dan cuping
En güzel whatsapp gerçek telefonda sikiş telefonda sex yaparak ortaya çıkıyor

On Dec 06 lantera commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Adakah ini FITNAH?? setelah berumur 40 tahun, buat pertama kalinya saya membaca cerita ini?samaada...(more)

On Dec 29 budakmelaka_94 commented on skmm tuntut bayaran pemberian netbook
Nk kna byar jgk kew...sdangkn xpkai lngsung...jmlh trkini 241.85..hmm

On Oct 14 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Tak tumbuh,tak melata,tak sungguh,orang tak kata..Ada bepuluh lagi sultan dalam catatan...(more)

On Apr 03 Anonymous commented on keturunan amerika bakal sultan ketuanan
Kaki botol alright... Not to mention his sister married a Yahudi... These are the future leaders of...(more)

On Jul 02 Anonymous commented on telekom cuba mengutip bayaran dari
I also get the same number call tha saying i owe two thousand something ..wtf ?? i been not using...(more)

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM