Grab the widget 

Tuesday, January 26, 2010

Aduka Taruna Sihat Semasa Menyerah Diri

Semasa Aku, Pinkturtle, Perisik-Rakyat, Isteri Aduka dan seorang sahabat makan tengahari berhampiran IPD Kota Bharu aku sempat memerhati fizikal Aduka, Alhamdulillah dia sihat dan tiada cacat cela pada fizikal nya, cuma kurang selera makan.

Selepas itu kami mengiringi beliau ke IPD dengan rela hati dia suami isteri dan reda atas apa yang telah terjadi dan akan terjadi keatas diri nya selepas ini, tiada paksaan dari mana2 pihak, ia  nya atas perbincangan kami dengan merujuk kepada orang2 yang berpengalaman.

Lama kami di IPD hingga  Jam 8 malam, isteri nya agak sugul bila secara rasmi nya aduka ditahan, isteri muda yang tiada pengalaman dengan kes2 sebegini tidak dapat menahan kesedihan, kami mententeram dia, semoga dia akan bertambah tabah menghadapi situasi begini.

Kami sempat menghantar sebungkus nasi untuk makan malam, dan kami beredar serta menghantar isteri aduka kerumah ibu nya berdekatan IPD.

Aku berdo’a semoga Allah memelihara Aduka semasa dalam tahanan reman, dan di beri kecekalan dan tabah hati menghadapi dugaan ini, anak muda ini slamber orang nya, bersemangat tinggi, cuma dia perlu bimbingan, mari lah ramai memberi bimbingan pada beliau bagi menerus kan hidup sebelum mati, dia belum terlambat untuk memperbetulkan diri nya, jangan mati kan pemikiran aduka, beri lah peluang pada nya untuk muhasabah diri, semoga ini adalah pengajaran bagi nya dan orang lain juga, kerana dia juga manusia biasa2 saja.

Aku bersimpati pun pada dia atas dasar seAgama, usia masih muda, ada potensi di masa depan, jangan gelap kan masa depan dan rumahtangga nya yang baru dibina.

Beremosi biar berpada, kita berUgama tunjuk lah keimanan kita kepada mereka2 yang terlanjur agar kembali ke pangkal jaln, pun begitu ADUKA TARUNA belum di dapati BERSALAH olih mana2 mahkamah pun.

Aduka juga pernah berkurang ajar di ruang komen aku dulu, tapi setelah secara berdepan dengan orang nya aku MAAF kan dia, keran dia masih muda.

ADUKA semoga kamu menenangkan fikiran dalm stuasi begini, aku memahami peraSAAN mu kini, kamu tentu bolih berubah InsyaAllah, Allah akan membuka Hati mu untuk masa depan mu dan keluarga, kepada Isteri mu Syikin tabah kan hati , reda lah ketentuan Ilahi ini, terus menerus berdo’a ke hadrat ilahi semoga Aduka dalam sejahtera di pelihara Allah  dan beabs seprti mula2 menyerah diri dulu Amiin.

tok ggawo said : sekalung tahniah dan terima kasih ku pada dua insan ini, Pinkturle dan Perisikk-Rakyat, semoga Allah jua memberi ganjaran keatas kamu berdua kerana ingin melihat sorang insan melalui perjalanan membaiki diri.

see my lawyer

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM