Grab the widget 

Saturday, December 19, 2009

Skandal Di Sebalik Agihan Permit Import AP

 Isu ini satu kes klasik yang menunjukkan bagaimana politik naungan dan budaya rent-seeking mencorakkan pemerintahan rejim uBNrm selama ini.

Seperti kebanyakan projek lain, AP yang pada asalnya digunakan untuk membantu bumiputera melibatkan diri dalam bidang automotif telah disalahgunakan sebagai alat dan ganjaran untuk mengekalkan sokongan politik pihak pemerintah.

AP yang diberikan secara percuma lazimnya dijual oleh pemegang AP pada harga lebih kurang RM20 ribu. Dianggarkan lebih kurang 70,000 AP dianugerahkan setiap tahun, maka jumlah nilai yang disalurkan kepada pemegang-pemegang AP mencecah RM1.4 bilion.

Tidak hairan, kerajaan sekali lagi menunda tempoh pemansuhan sistem permit kelulusan (AP) kenderaan import dari tahun 2010 kepada 2015.

Bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (DAN), AP terbuka untuk kenderaan terpakai (perdagangan, penumpang dan motosikal) akan dimansuhkan pada 31 Disember 2015 dan AP francais akan dimansuhkan pada 31 Disember 2020.

Selain itu, bayaran RM10 ribu bagi setiap AP terbuka akan diperkenalkan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2010 berbanding status semasa dengan AP dikeluarkan secara percuma.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM