Grab the widget 

Monday, November 09, 2009

JAIS Tak Jadi Dakwa Dr.Asri ?

Di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di Bahagian IX Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, Dr.Asri layak diberi pengecualian, kalau lah tidak ada agenda lain.

Dalam Enakmen tersebut, klausa 'Pengecualian' mencatatkan bahawa:

Jawatankuasa boleh, melalui notis bertulis, mengecualikan mana-mana orang yang berikut dari kehendak mendapatkan tauliah:

a) Alim Ulama atau tokoh agama tempatan tertentu atau Alim Ulama atau tokoh agama luar negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, jabatan atau agensinya;

b) Mufti-mufti Negeri dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri;

c) Hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri;

d) Menteri atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau ahli Majlis Agama Islam Negeri;

e) Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri. baca artikel berkaitan disini

Tak ngam ngan aku ko tak kan terkecuali, ko peduli ape, undang2 dan peraturan aku yang bikin, aku nak tafsir macamana, aku punya pasal lah….

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM