Grab the widget 

Saturday, April 16, 2011

Undi Calon PAS Sadong Jaya : cucu kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen.

Menurut Eddy datuknya, (Ahmad Urai) pernah mewakili kawasan berkenaan di tahun-tahuan 70-an dulu.

"Datuk saya pernah menjadi wakil rakyat dua penggal di Sadong Jaya. Saya harap kenalan datuk dan kawan-kawannya akan memihak kepada saya," kata Abang Eddy.

image

Semasa saya mengunjungi kampung Ja'ai terletak dalam Sadong Jaya beberapa orang penduduk mengesahkan bahawa calon Pas itu adalah cucu kepada Abang Urai dan mereka gembira kerana cucu pemimpin mereka itu bertanding.

"Kami rasa bertuah kerana anak kepada bekas wakil rakyat dan tokoh politik Sarawak bertanding di sini, saya merasakan seolah-olah Abang Ahmad Urai sendiri yang bertanding semula," kata seorang penduduk.

Kata-kata penduduk berkenaan mengesahkan bahawa Abang Eddy adalah cucu kepada Abang Ahmad Urai. Jadi kehadirannya merebut kerusi Sadong Jaya 16 April ini sebagai menyambung perjuangan datuknya. [sumber]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM