Grab the widget 

Wednesday, September 30, 2009

KUGAN MATI KERANA DIA PERNAH HIDUP SEBELUM INI

8f70a69cb24eda95ac14d8c2da5db7b3Kugan kalau dia tak pernah hidup tentu dia tak mati kan, kan, kan !, apa la yang susah2 sangat nak fikir.

kugan mati bukan kerana di lokap, didera, dipukul dan diseksa dalam lokap, memang dia dah nak mati nak buat macam mana.

Kugan mati setelah 4 hari selepas di pukul dengan paip getah olih Navindran a/l Vivekanandan , ‘’kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail “.

Navindran akan didakwa mengikut Seksyen 331, Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan dan

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata seorang anggota polis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok berhubung kematian tahanan polis, A Kugan.

Katanya, Navindran a/l Vivekanandan akan didakwa mengikut Seksyen 331, Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan dan  tuduhan alternatif mengikut Seksyen 330 kanun yang sama, dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah dari Kugan.

Navindran tidak didakwa atas tuduhan membunuh kerana hasil laporan perubatan, kata Gani, tidak menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan yang dialaminya.

Sebaliknya, kata beliau, kematiannya didapati berpunca daripada acute myocarditis, iaitu jangkitan pada jantung.

Oleh itu, katanya, pendakwaan terhadap suspek mengikut seksyen 330 dan 331 kanun keseksaan berdasarkan kepada bukti yang ada serta mengambikira laporan dan nasihat pakar perubatan.

Habis badan Kugan yang melecur tu kena paip getah jugak lah……………….Aiiii ! herannya aku, masa soal siasat tu pulak tambi Navindran sorang saja ke ?

Hai tak tau la 1M’sia macam2 bolih belaku perkara2 pelik camgini, bantai la Gani………….ingat ! 11 okt 2009 nanti PRK bagan pinang……...

sumber aku petik disini

BUATLAH PERUBAHAN ANDA SEBAGAI CONTOH BAGAN PINANG PRK N31

Anda pengundi bagan pinang akan di kenangi sepanjang zaman, sekiranya anda berani menokak arus, 3 buah  negeri lagi sebelah negeri 9 masih totok menyokong membuta tuli KERAjaan ubnRM. anda lah nanti sebagai pemecah REKOD DI KUBU ubnRm SETERUS NYA AKAN MENJADI IKUTAN NEGERI2 LAIN.

Kerana masih totok menyokong ubnRM negeri2 berkenaan masing ramai lagi rakyat marhaen negeri berkenaan di abaikan, apa guna kerajaan kaya kalau rakyat masih ada yang terbiar, kehidupan dengan perkauman, yang kaya terus kaya, yang miskin terus melarat, contoh di PAHANG, sempadan dengan kelantan rakyat disitu ramai yang dhaif, prasarana kurang, jalan raya teruk dan tiada rangkaian, begitu juga sekitar kg. pasagi, chenor, termeloh, walau pun sudah 2 beranak PE EM POS datang dari negeri itu.

Sekiranya anda pengundi bagan pinang buat perubahan dengan mengundi PR PAS pada 11 okt nanti, akan membuka MATA pemimpin umno RASUAH bahawasa nya parti mereka sudah tidak relevan lagi, kerana penuh dengan penipuan, RASUAH, memangsakan rakyat dengan kerakusan hawa nafsu pemimpin yang rendah moralnya.

Dulu dan kini umno RASUAH di negeri2 berkenaan begiu jelik memperkudakan rakyat dengan habuan tak seberapa bembeli undi demi kelangsungan kuasa politik kroni pemimpin.

Rakyat hanya di gula2kan dengan janji2 palsu.

bagan pinang lah satu2nya platform untuk menunjukkan tanda protes terhadap KERAjaan ubnRM yang penuh dengan RASUAH.

AYUH ! SEMUA WARGA BAGAN PINANG MELAYU, INDIA, CINA, SERANI, MALABAR DAN SEMUALAH TINGGAL LAH ubnRM UNTUK PRK INI SHAJA SEBAGAI PERCUBAAN, HANYA KALI INI SJA, TIDAK MERUGIKAN ANDA, TAMPUK KERAJAAN NEGRI MASIH TAK BERUBAH KALAU PUN PR PAS MENANG, TERIMA LAH SAJA APA JUA PEMBERIAN SAMAADA BERUPA WANG ATAU BENDA, TAPI UNDI HAK ANDA, ANDA MESTI UNDI PAS WALAU APA PUN……………………..

Tuesday, September 29, 2009

BIODATA CALON PAS ZULKEFLY MOHAMAD OMAR PRK N31 BAGAN PINANG

Zul Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan calon PAS PRK n31 bagan pinang 11 okt. 2009.

CALON RAKYAT UNTUK RAKYAT

Zulkefly Mohamad bin Haji Omar
Lulusan : Ijazah Master (Master In Science – Corporat Comm. Universiti Putra Malaysia)
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Umur : 45 Tahun

Jawatan Parti
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
Mantan Timbalan Pesuruhjaya (2005-2007)
Mantan Pengurus Pembangunan Bisnes Telekom

Jawatan Lain
Pengerusi No Incinerator Broga
Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu N.Sembilan.

Takbir ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

ISA SAMAD MENANG ROUND PERTAMA PRK N31 BAGAN PINANG

Kebal betul dat ISA ni.

Yang kalah madey, mat asan, khairi, wanita RASUAH, lembaga disiplin RASUAH.

Isa hanya akan kalah pada PAS, InsyaAllah.

kemungkinan MP Yb padang serai N.Gobalakrishnan tidak turun di bagan pinang nanti, beliau di tahan polis di cameron hiland tempoh hari, KERAjaan ubnRM mungkin takut pada beliau, mungkin juga diberi kata dua, jadi Kaum India di bagan pinang tidak akan dapat penerangan dari beliau.

Walau apa pun Kaum India sudah bijak memilih, di harap mereka menyokong calon PAS.

YAHOO ! ISA SAMAD CALON ubnRM PRK N31 BAGAN PINANG

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno RASUAH. pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno RASUAH, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sampai juga hasrat aku nak tengok ISA di calonkan.

Maka bertambah tambah berpecahlah puak juak umno RASUAH 1m’SIA, kesian madey orang dah tak dengar cadangan nyanyoknya.

Khairi bertambah lah gundah gulana, semakin terpinggir kerana awal awal lagi tunjuk tak setuju dengan umno RASUAH bagan pinang dan teluk kemang, begitu juga ahmad hasan MB.

MB ahmad hasan kata nya mempertaruhkan jawatan nya, kalau bagan pinang kalah dia sedia meletak jawatan, kah ! kah ! kah !

Tengoklah apa jadi nanti, kita tunggu la pulak siapa calon PAS.

Apa apa pun ISA tetap kotor, dia telah menjalani hukuman olih lembaga disiplin umno RASUAH kerana bersalah PERASUAH dalm perebutan jawatan dalam parti RASUAH………………………………..

KHAIRI SIMBOL KEROSAKAN umno RASUAH PRK N31 DUN BAGAN PINANG

Di riuhkan dalam umno RASUAH, khairi langsung tak membantu dalam semua PRK yang lalu, di MU, Permatang Pasir mamat ni hanya menumpang glamour dari pemimpin lain saja.

Tempoh hari kehadiran Khairy di MU  tidak boleh dihalang olih puak umno RASUAH. Ramai ketua pemuda UMNO RASUAH bahagian di Kelantan berada di dalam poket Khairy. Oleh itu khairi menggunakan pengaruh pemuda Kelantan untuk menampilkan diri di MU. Namun begitu Tuan Aziz bukannya salah seorang yang telahpun dijual beli oleh Khairy.

Sepatutnya Khairy menyelesaikan masalah dalaman UMNO semasa perlawanan di Manek Urai. Saki baki kayu buruk peninggalan Dollah iaitu Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai Ramzi Abdul Rahman telahpun diketahui ramai, sama ada oleh penyokong BN atau PAS bahawa dia dan konconya akan buat kacau. Dan telahpun disahkan memang buat kacau. kalangan umno RASUAH sendiri pun tak suka khairi .

Kemorosotan majority PAS di MU bukan faktor khairi, faktor nya umno RASUAH merasuah pengundi dengan PITIS, begitu juga stopa dan t aziz……………….

Kita tengok nanti apa khairi akn buat di Bagan Pinang ?, dia nak tumpang glamour siapa pulak, madey………………….dua dua sama jah…………………di benci dari dalam kalangan umno RASUAH sendiri……………….yang hebat ISA dan anak nya NAJIB.

Monday, September 28, 2009

PAS KUALA KRAI RAYA SAKAN

Semua kaum Cina, India dan lain2 kaum hadir termasuk orang ramai yang lalu lalang untuk menuju ke KL.

Bertempat di perkarangan Masjid Al Jauhar persimpangan Guchil dekat dengan pejabat Yb MP Dr hatta Kuala Krai, Pas Kawasan Kuala Krai mengadakan  Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri.

DSC03466

Turut meraikan hadirin semua warga AJK PAS Kuala Krai, termasuk kelima lima YB, Dr.Hatta, Abe Arif Dabong, Abe Uji M/Urai, Ust Abdul Latif merangkap YDP dan yang aku tak pasti Adun Guchil hadir ke tak hadir.

DSC03471

Tidak ketinggalan turut hadir Pagawai Daerah dan kakitangan, ketua2 jabatan, swasta, NGO dan lain2.

DSC03477

Yb Abe Arif berbual dengan tetamu

DSC03472

Abe Arif memberi ucapan

DSC03476

kelihatan MP Yb Dr.Hatta bersantai setelah penat melayan hadirin

DSC03478

meraikan tetamu dari kaum India

DSC03475

Abe Uji Adun manik urai turut memberi ucapan

DSC03480

Ribuan pengunjung menikmati pelbagai juadah yang di sediakan

DSC03479

perkarangan Masjid Al Jauhar simpang Guchil, Kuala Krai

ISA SAMAD KE MADEY PENTING BAGI N31 BAGAN PINANG

Madey sangat nyanyok bagi aku, orang bagan pinang tentu setuju dengan aku, madey hanya pandai menyalak, tak bolih buat apa apa kepada pengundi bagan pinang.

ISA ada rekod di bagan pinang, ada jasa juga di bagan pinang dan N9, hanya orang bagan pinang saja yang mengenal Manikam.

Warga kerja umno RASUAH teluk kemang ada asas untuk menyokong bermati matian supaya ISA di calonkan dalam PRK bagan pinang.

Kalau di lihat mutakhir ini, teluk kemang tidak berbelah bagi sokong ISA, sepatut juga perhubungan umno RASUAH N9 berkecuali atau turut sokong calon ISA juga.

Nampak gaya nya pemuda umno RASUAH N9 pun berkecuali, tapi nampak hasrat ke ISA juga, Pandai lah korang, hanya Khairi yang terkial kial sambil ambil hati Madey.

Madey, Khairi dan konco konco tidak menguntungkan bagan pinang, kalau ISA ye.

aaaahh !, lantak korang lah...............................madey tu nak tunjuk dia tu bersih sangat lah tu......................

PAHANG BERSAMALAH DGN BE END RAKYAT TANGGUNG RM3,370 HUTANG

Rakyat PAHANG perlu terus bersama Kerajaan BE END RASUAH kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka. sokong lah ! BE END RASUAH

Akibat dari kecekapan mengurus KERAjaan PAHANG BE END RASUAH menanggung hutang besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.

Pilih, sokong lah !............KERAjaan tak bertanggungjawab Negeri Pahang pimpinan Umno RASUAH dan BE ENDN yang memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya.

Dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, yang menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana ingkar janji dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta.

Kerajaan Negeri Pahang juga telah diheret ke mahkamah oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) kerana tuntutan hutang penghakiman berjumlah RM63 juta. SGM diberitakan telah mendapat perintah mandamus bagi memaksa Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran ini.

Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta.

Terbaru, seperti didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.

Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini, menurut Azan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu.

laporan hutang PAHANG sini

Thursday, September 24, 2009

AKU CABAR ANAK MELAKA SILA AMBIL PERHATIAN !

Bukit Katil : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyeru seluruh anak-anak Melaka yang tinggal di perantauan supaya bersama-sama berganding bahu dengan PAS Negeri Melaka untuk menyelamatkan rakyat Melaka dari belenggu pemimpin rasuah yang sedang memerintah negeri Melaka sekarang.

“Anak-anak Melaka yang tinggal di luar Melaka mesti memberi kefahaman kepada ibu bapa dan sanak saudara mereka di Melaka ini agar sedar tentang kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri Melaka sekarang”.

“Kerajaan negeri Melaka sekarang dipimpin oleh Ketua Menteri yang melakukan rasuah dan jelas terbukti apabila beliau disabitkan kesalahan melakukan rasuah pada pemilihan Umno yang lalu” kata Ustaz Ghani.

Beliau berkata demikian pada program sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bagi meraikan anak-anak Melaka yang pulang berhari raya di kampong mereka. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Katil sebagai tuan rumah. Ianya diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini Selasa lalu.

Ustaz Abdul Ghani juga mengharapkan mereka dapat menyumbangkan bantuan dalam bentuk idea dan wang ringgit bagi membantu PAS Melaka membebaskan rakyat negeri ini dari belenggu penjajahan pemikiran bentuk baru yang masih merasakan bahawa hanya BN yang mampu memberikan kesenangan dan kemudahan kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya Pakatan Rakyat negeri Melaka sudah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Melaka pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Setakat ini Pakatan sudah memperolehi 5 kerusi DUN maka kita hanya perlu 10 kerusi sahaja lagi pada pilihanraya akan datang”.

“Saya yakin dengan sokongan dan dokongan anak-anak perantauan dan ahli-ahli PAS serta penyokong Pakatan Rakyat yang lain kita akan dapat membebaskan rakyat negeri ini dari kekejaman dan kebongkakan Barisan Nasional yang sedang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun dahulu”.

Ustaz Ghani juga menggesa anak-anak Melaka di perantauan supaya mencontohi anak-anak Kelantan di perantauan yang berjaya mempengaruhi keluarga mereka di kampong memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008 lalu.

Sementara itu Presiden Persatuan Anak-Anak Negeri Melaka di perantauan (PERAWAN), Syah Mohd Bashir menyeru seluruh para hadirin yang hadir pada majlis tersebut agar memberikan maklumat tentang keluarga dan kawan-kawan yang tinggal di luar Melaka untuk mereka daftarkan menjadi ahli PERAWAN.

“Kita mempunyai beberapa objektif yang jelas iaitu membantu PAS Melaka dari segi idea dan tenaga dalam usaha kita mencapai hasrat dan tujuan PAS Melaka pada pilihanraya akan datang.”

“Sebab itulah pentingnya kita mendaftarkan seramai mungkin anak-anak Melaka di perantauan kerana tenaga yang ramai sudah tentu kita dapat menggabungkan tenaga mereka untuk menyumbangkan apa bentuk bantuan yang mereka boleh salurkan” kata Syah Mohd Basyir.

Program tersebut mendapat sambutan yang hangat dari rakyat setempat dan anak-anak Melaka di perantauan. Kira-kira 1,000 orang pengunjung membanjiri perkarangan tempat sambutan tersebut yang bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Antara tetamu yang hadir ialah pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan kawasan serta pimpinan PERAWAN.

sumber: SOFI WAHAB at http://mutaligat.blogspot.com/2009/09/bebaskan-melaka-dari-belenggu-bn.html

Wednesday, September 23, 2009

double standard KERAjaan zambri haram keatas Bilal & Siak

Memang KERAjaan ubnRM Umno RASUAH tidak memberatkan kepada kakitangan yang bersabit dengan ISLAM, kakitangan berkaitan ISLAM diletakan dlm kelas 2 jah.

Aku rasa apa yang belaku di KERAjaan haram Perak kepada Bilal dan Siak tidak semua, mungkin sestengah Bilal dan Siak itu yang PRO PR, gila betul lah, bolih terjadi kelewatan pembayaran saguhati khas sebanyak RM500 kepada bilal dan siak di negeri ini yang sepatutnya dibayar sebelum Aidilfitri.

Apa ni ? Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), dalam JAIP bawah KERAjaan Haram RASUAH terlibat dengan politik ke ?, kata politik suku ugama suku, baru berapa bulan merintah dah lupa kakitangan bawahan berkaitan dengan Islam.

RM500 amat besar nilainya bagi Bilal dan Siak berbanding gaji dan elaun menteri besar haram berpuluh puluh ribu sebulan, RM500 itu hanya sekali setahun itu pun kalau tiap tiap tahun.

Umum mengetahui gaji bagi kakitangan berkenaan Islam tak setara dengan dengan sektor awam lain……………………….KERAjaan Islam sebenar bini rosmah kata……khhak pptuihhh !………………double standard kepada kakitangan berkaitan dengan ISLAM olih KERAjaan ubnRM umno RASUAH PERAK.

PEMUDA TELUK KEMANG KATA MADEY PUN PERNAH KENA TINDAKAN DISIPLIN PRK N31 BP

Memang pun pemuda bahagian mesti pertahan bos nya untuk di calonkan, tambah pula orang no 2 pemuda anak bos nya juga, lagi pun ISA kaya, terbukti bermurah hati kepada jentera p/raya serta kepada seluruh jawatan kuasa UMNO RASUAH teluk kemang.

ISA juga terbukti telah dikena tindakan disiplin olih jawatan kuasa disiplin akibat terlibat dalam politik wang (RASUAH) dalam pemilihan UMNO RASUAH.

Itu sebab pemuda UMNO RASUAH akan bermati matian akan mempertahankan bos nya.

lihat sini ketua pemuda UMNO RASUAH teluk kemang  kata "Saya tak nampak bahawa isuisu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno RASUAH dan ubnRM dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.

Beliau memberi contoh mantan Presiden Umno RASUAH Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah diambil tindakan disiplin oleh Allahyarham Tuanku Abdul Rahman kerana menulis buku Malay Dilemma.

TAN SRI BELUM ADA DIPASARAN

Kilang tun,tan dan tin sri belum ada, lain2 gelaran berlambak dipasaran sekarang ini, datuk, datuk seri, phd dan sebagainya, cakap saja………………………..

Yang aku heran, penyandang2 gelaran tu semua, samada ori atau tak ori, kalau mereka berak atas rumput, aku rasakan………tentu rumput mampus, sama jah ngan berak aku…………….kalau yang sembelit pun………..lebih kurang jah………………..

Muda2 dah ada phd siap ngan gelaran datuk lagi……………walau pun  tak bercucu…………………….

Aku sendiri pun Datuk gak…………………………..tapi jenis aku ni , yang tak membesar diri………………………low profile………………..kah ! kah ! kah !

Sesiapa yang berminat untuk gelaran serve  sini, harga berpatutan sebelum kehabisan stok.

Sunday, September 20, 2009

APA DAH JADI NII PE EM UNDI POS WANG m’SIA ?

F1 la, entah apa2 lagi ko membangga kan pemerintahan ko, kenapa yang ni terlepas pandang ?, di negeri yang ko terima undi POS Askar dan TUDM Kem di Batu 9 dan Batu 10 Kuantan untuk menang p/raya dan senang2 dapat jadi PE EM.

Tengok nih !, Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.

Ibu ini yang membahasakan dirinya Mek berasal dari PAHANG terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain.

dia terdesak untuk membesarkan tujuh anak berusia empat hingga 18 tahun selepas ditinggalkan suami yang juga seorang penagih dadah tegar.

“Suami saya sudah kerap ditangkap polis dan disumbat ke pusat pemulihan hingga saya lali, malah tidak ingat berapa kali dia dihantar ke sana.

“Kali terakhir selepas dibebaskan dari pusat pemulihan di Kuala Lipis, Pahang, Januari tahun lalu, dia hanya insaf sebulan di rumah sebelum kembali terjebak atas hasutan kawan-kawan lamanya,” katanya yang berkahwin pada usia 18 tahun.

Menurutnya, kehidupan suaminya itu menyebabkan dia dan anak-anak terabai.

“Hidup saya susah dan banyak bergantung belas ihsan keluarga, selain hasil pajakan seekar dusun buah-buahan.

“Kesempitan hidup saya menjerut perasaan dan diri saya selepas dipujuk rakan lama sekolah supaya berhijrah ke ibu kota untuk menjalankan kegiatan pelacuran dengan dijanjikan pendapatan lumayan,” katanya.

Mek berkata, walaupun mulanya malu, namun dia menebalkan muka demi memastikan nasib anak-anaknya yang ditinggalkan sementara bersama ibu bapanya tidak terus sengsara.

Oii ! mana tok penghulu, tok empat, tok sidang, tok imam, JKKKKKKKKKK, PPMMMMMMMM, wakil rakyat, DO, JKR, pdRM, spRM, SPR, jabatan kebajikan masyarakat, tok kadi, HA, DR, TM, TNB, CELCOM, MAXIS, JPS, JAKIM, JAKUN, MANUSIA, DATO, TAN SRI, TENGKU, RAJA,  PROTON, PRODUA, AIR ASIA, MAS, F1, ANGKASAWAN, PEMBAZIRAN, pak lang, pak ngah, along, acik, mak usu, mak teh, mana BINI NAJIB ? mana ?……………………Pperghh !!!!!! sialan semua………………….

oi ! PE EM dan orang PE EM baca sini

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF DZAHIR & BATHIN DARI tok ggawo

اللَّهُ أَكْبَرُ

اللَّهُ أَكْبَرُ

اللَّهُ أَكْبَرُ

لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ

اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ


Allah maha besar (maha agung)
Allah maha besar
Allah maha besar
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah maha besar
Allah maha besar, bagi Allah segala pujian

 

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا


Allah maha besar,Allah maha besar,Allah maha besar sebesar-besarnya
Segala pujian bagi Allah,
dan maha suci Allah (dari kekurangan) pagi dan petang

 

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ، وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ،

وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ


Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah
tidak kami perhambakan diri melainkan kepadanya sahaja
dalam keadaan mengikhlaskan diri dalam beragama kepadanya walau dibenci orang-orang kafir
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah sahaja
Ia telah membenarkan janjinya (memenangkan Rasul dan para pengikut baginda), Ia telah menolong(memenangkan) hambanya(Nabi Muhammad), Ia telah memperkuatkan/memuliakan tenteranya,
Ia telah menewaskan tentera sekutu sendirian
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah
dan Allah maha besar

Friday, September 18, 2009

ISA SAMAD CEMAR DAN KOTOR BAGI SELURUH WARGA m’SIA N31 DUN BP

isa rasuah Image ISAS sangat2 cemar dan kotor pada pandangan seluruh rakyat m’SIA, hanya segelintir RASUAH UMNO jah yang sokong nya atau yang kamchin jah………., teluk kemang ya, itu pun penjilat2 tertentu juga, majority pengundi ?, cuba lah……………………..

Bukan setakat pencacai RASUAH bawahan sja yang tak setuju ISAS ku li gurkha pun tak bekenan begitu juga madey, madey kata “Isa tidak sepatutnya dipilih bertanding di situ,  RASUAH UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

ISAS digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

RASUAH UMNO TERBUKTI PARTI KOTOR, KALAU ubnRM KALAH DI BP, SAMY NO VALUE MESTI DI PERSALAHKAN, KAH ! KAH !KAH ! Khak phtuihhhhh !. Pu……

PRK BAGAN PINANG TIDAK AKAN MENZAHIRKAN DEMOKRASI SEBENAR PRK N31 DUN BAGAN PINANG

Semua undi POS samaada dari Kem tentera, pdRM dan lain2 adalah dalam kuasaan parti pemerintah, parti lawan langsung tidak ada peluang untuk berkempen kepada anggota dan keluarga pengundi POS itu.

Semua pengundi POS dipantau olih penguasa tempat pengundi membuang undi, tidak ada pemantaun dari pihak yang berkecuali, biar pun berbagai bagai alasan yang akan di berikan olih sprRM.

Lihat saja mengapa pemimpin yang berkuasa memilih tempat selamat antara nya kawasan yang ada KEM askar untuk meneruskan kelangsungan politiknya.

Contohnya laki rosmah, menjadi PM pun dengan bantuan undi POS, kalau tak lama dah goal………………….

Pendek kata, ubnRM toksah mendabik dada lah di bagan pinang ni…….

BAGAN PINANG TIADA DEMOKRASI P/RAYA …………….Kalau benar2 hendak berlaku adil dalam P/raya mana2 pun, dizaman negara aman, pengundi dalam KEM bolih meluang kan masa bergilir keluar dari KEM untuk membuang undi di tempat khas yang berkecuali, ini tidak, seolah2 pemerintah merampas Hak individu untuk mengekal kan kuasa dengan cara yang tidak betul dan dengan berbagai2 peraturan saperti penggunaan Borang 2  yang merekodkan maklumat peribadi pemilih polis dan nombor siri kertas undi  dan penetapan tempat khusus bagi pembuangan undi secara pos.

Celaka betul pemerintahan RASUAH ubnRM nih !…………………………………………….TERUK LAA PE EM POS LAKI ROSMAH………….

Thursday, September 17, 2009

MIC TIDAK MEMBANTU DI BAGAN PINANG PRK N31 BAGAN PINANG

Nampak gaya nya MIC banyak terguris hati dengan gelagat RASUAH UMNO sejak akhir2 ini, ekoran itu pada PRK bagan pinang nanti mungkin jentera MIC akan menghadkan tugas2 mereka.

Hal ini dilihat dalam kenyataan Naib Ketua Pemuda ubnRM, Datuk Razali Ibrahim yang berkata  sekiranya parti itu tidak dapat membantu, pihaknya akan menggunakan jentera Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) bersama RASUAH UMNO serta parti-parti lain untuk berkempen pada pilihan raya kecil berkenaan.

Dengan angkuh Pemuda UMNO akan terus mencari rakan kongsi yang sanggup menghadapi cabaran bersama dan bukannya rakan yang hanya pandai menuduh untuk mendapat kepentingan peribadi. keangkuhan pemuda ubnRM dan RASUAH UMNO nih……

Bukan sekarang, sejak dari dulu lagi RASUAH UMNO memang buruk hati dengan kaum India, banyak diskriminasi terhadap kaum ini olih pimpinan RASUAH UMNO.

Melihat kepada senario sekarang, MIC sering di buli, olih itu Kaum India di bagan pinang patut menolak ubnRM pada PRK bagan pinang nanti, kerana kehadiran Kaum ini dalam komponen ubnRM tidak dialu alukan.

SELAMAT DATANG KAUM INDIA BAGAN PINANG BERSAMA SAMA PR DI BAGAN PINANG….Manakkum !….

KHAIRI MEMAJUKAN REMBAU N9 PRK N31 BAGAN PINANG

Berapa banyak sudah duit khairi habis daa………..BAGAN PINANG pilih NAJIB, ISA undi PAS………………1000 lebih rekrut baru askar undi pos ka ? ya ! satu orang undi untuk semua worang……..ccchit demokrasi hancur………. dekat pun undi pos jugak ?…………..itu NAJIB RAZAK ……PM POS jugak…………….tarak pos kalu….

INI LAH PROJEK KHAIRI

1. Membina Pembentong di Jalan Hj. Yusof Kecil, Kg Sr Kendong
2. Menaiktaraf Jalan Dusun, Kendong menghala ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Sri Kendong
3. Memasang awning di Balai Raya Kg. Gadong
4. Menurap premix di dataran Balai Raya Kg. Gadong
5. Membina penahan tebing Sungai Kg. Perah, Kota
6. Memasang pagar penghadang gelanggang pelbagai guna, Kg. Astana Raja
7. Memasang pagar Balai Raya Kg. Penajis Nerasau
8. Membina stor di Perkuburan Islam Kampung Ampangan, Penajis
9. Membina tandas dan bilik air di Surau Rumah Rakyat Chengkau
10. Menurap semula Jalan Hj. Serol Kg. Tanjung
11. Baik pulih Suraau Kg. Pulau Acheh
12. Membina pembentong di Jalan Bongek Acheh Baru
13. Mengecat semula Surau Putih, Kg. Sungai Layang
14. Mengecat semula Surau Perigi Jernih, Kg. Sungai Layang
15. Mengecat semula Balairaya Kg. Selemak
16. Menurap semula Jalan Kg. Bukit
17. Menaiktaraf tandas dan tempat wuduk di masjid Kg. Haji Sulaiman
18. Membina jalan antara Kg. Sungai Radin ke Jalan Tok Samad, Kg. Sungai Timun
19. Menaiktaraf kemudahan asas Surau Ujung Tanjung, Kg. Chembong Halt
20. Membina tempat letak kenderaan pelbagai guna di Surau Al-Huda, Taman Seri Rembau
21. Mengecat Balairaya Kg. Tanjung Senama Hilir
22. Menaiktaraf kemudahan asas di Surau Daun
23. Membaiki stor dan kerja2 berkitan di Masjid Mampong
24. Melebarkan tempat sembahyang di Surau Taman Sedia Raja
25. Melaksanakan kerja-kerja membina bilik Imam di masjid Chembong Batu 17
26. Menggantikan Lantai dan Dinding di Surau Tok Kali, Kg. Seberang Batu Hampar
27. Menggantikan pintu pagar dan awning di Surau Solok Jelawai
28. Menggantikan dinding dan mengecat surau Kg. baru Senama Hilir
29. Membaikpulih Surau Perigi Jernih
30. Membaikpulih dan menggantikan didnding di Balai Raya Seperi
31. Membaiki lantai dan mengecat Surau Baru Kg. Tanjung Sena Hilir
32. Menurap kawasan lapang di Balairaya Seberang Batu Hampar
33. Menggantikan wakaf tempat jamuan Surau Mampong Hilir
34. Menggantikan atap dan dinding Surau Seriu Batu Hampar
35. Menaiktaraf dan membaikpulih gelanggang bola keranjang di Kg. Baru Paroi
36. Menaiktaraf bangunan surau Taman Jasmin
37. Membina jalan asas di Kg. Sentosa Jaya
38. Menaiktaraf dan menyiapkan Surau Bandar Seremban Selatan Fasa 3A
39. Membaikpulih Surau Badi'Ul Islam Taman Kobena
40. Maniktaraf Balai Raya Taman Tasik Jaya
41. Membina Baru Jalan Raja Alwi
42. Membina Jalan ladang, Kg. titian Akar
43. Membina jalan Kg. Dusun
44. Menurap semula Jalan Chembong Air Hitam
45. Menaiktaraf Jalan seberang Sawah Senama Tengah
46. Menurap semula Jalan denai Keroh, Sepri
47. Menurap semula Jalan Kg. Ribu, Rantau
48. Membina Baru Jalan di Kg. Sega Hulu, Rantau
49. Membina Baru Jalan di Kg. Sega Hilir, Rantau
50. Menurap Jalan di Kg. Tanjung, Rantau
51. Membantu mangsa banjir di Taman Angsi Ville, Taman Tuanku Jaafar dan Rantau yang berlaku pada 19 Oktober 2008 yang lalu.
52. Sumbangan tahunan kepada JKKK, KRT, PIBG, dan Masjid
53. Kerja-kerja menggali anak air Kg. Linsum fasa 2 sepanjang 1.5KM di Kg. Linsum, Rantau
54. Kerja-kerja menggali semula Sg. Simen daripada ladang kombok hingga ke Kg. Solok sepanjang 4KM
55. Memula Sungai Siliau daripada Kg. Sendayan hingga ke muara Sg. Linggi sepanjang 4KM
56. Menggali anak air Kg. Sega Hilir Fasa 2 sepanjang 1.5KM di Kg. sega Hulu, Rantau
57. Membina Struktur penahan tebing Sg. Kendong di Kg. Solok, Astana Raja
58. Membina struktur penahan tebing Sg. Batang Nyamor di Kg. Batang Nyamor, Kota
59. Membina struktur penahan tebing Sg. Bintongan di Kg. Pulau Bintongan
60. Membersihkan Sungai Batu Hampar di Kg. Air hitam Chembong dan anak air Sungai Mampong di Kg. Mampong
61. Melaksanakan kerja-kerja river training di Kg. Sungai Beringin, Pedas
62. Membersih sungai Chua dalam kawasan JKKK Kg. Tanjong Sena
63. membantu NGO dan Persatuan melaksanakan aktiviti melalui peruntukan yang disalurkan

KAH ! KAH ! KAH ! KAH ! KAH !………………………………………………………………………macam cerita kartun dei ! khairi……kubur tarak gali kaa ?……….

Wednesday, September 16, 2009

TESTING 1 2 3 BIL BERUKBAND BARU BAYAR

Berblog lagi lahhhh pas ni……. baru bayar bil, tertunggak banyak…… bagan pinang sudah tentu aku akan kesana biar pun ekonomi aku merosot…………..

 

Apa Khabar Rakyat Wakil Baru M URAI, abe UJI banyak program nampak ?…. penat kan, jadi YB ?.

 

JUmpa  lagi , ………………………………….

Thursday, September 03, 2009

HISHAMMUDDIN BELA DEMONSTARI KEPALA LEMBU BERDARAH

Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang.

Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain.

Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka.

Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka. Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian.

Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

takebeer Kata Kerismuddin………..The Home Minister today Sept 2, defended and justified last Friday's cow-head demonstration after meeting with Malay-Muslim representatives of Shah Alam's Section 23 at his office here today.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pointed out that the residents felt victimized and had no intention to stir racial emotion.

“They are not getting off scot-free. They felt victimised and feel that there is another valid explanation on their part. There was no intention on their part to cause racial divide. They, the organisers, who are sitting left and right of me, didn’t even know that somebody was going to bring the head of the cow during that demonstration.” he said.

SAMBIL BERDEMONSTRASI MEREKA MENGAJAK ORANG RAMAI MINUM CECAIR HARAM BEER, KERJA SIAPA ITU ?

rujuk sini dan baca sini sama dan kata zaid ibrahim

Tuesday, September 01, 2009

52 TAHUN TERENGGANU MERDEKA MAT SAID

wt_02.1

Bangsat punya KERAjaan ubnRM ini bukan nya cerita dongeng, apa ubnRM buat untuk kesejahteraan rakyat.

Negeri yang mengeluarkan minyak bolih jadi macam haprak begini, masa kerajaan PAS dulu, ubnRM bagi Wang Ehsan, dengan jumlah yang tak setimpal dengan apa yang di songlapkan olih kuncu kuncu ubnRM.

Gambar sebelah menceritakan segalanya, Pemandangan dari atas Kampung Teluk Tanjung menampakkan keadaan tidak terpelihara di kawasan sekitarnya ketika tinjauan, baru-baru ini.

Walaupun kedudukan kampung mereka hanya beberapa kilometer dari pusat bandar raya, sebahagian besar penduduknya masih tinggal dalam kawasan perumahan yang menyedihkan.

Melihat kawasannya yang tidak terurus dan keadaan bentuk rumah yang bercampur-campur menjadi tanda tanya sesiapa sahaja yang melalui kawasan berkenaan.

Perkampungan Teluk Tanjung yang telah wujud sejak berpuluh-puluh tahun itu semakin ditinggalkan arus kemodenan walaupun kedudukannya hanya beberapa kilometer daripada pusat bandar.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi perkampungan itu bagi mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, membuktikan hakikat yang dialami penduduk di kampung berkenaan.

Ini kerana, struktur jalan yang sempit serta berlubang di sana sini, menyukarkan pergerakan perjalanan walaupun dengan menggunakan kenderaan bersaiz kecil.

Lebih memburukkan keadaan, struktur dan bentuk rumah yang pelbagai jenis serta berhimpit-himpit menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti setinggan.

Bezanya ia bukan setinggan namun sebuah perkampungan nelayan yang popular satu ketika dahulu dengan pelbagai aktiviti laut dan memproses makanan laut.

Tidak cukup itu sahaja, sistem perparitan yang tidak sistematik menyebabkan kebanyakan longkang yang ada tersumbat serta bertakung sehingga memudahkan pembiakan nyamuk.

Pasti ramai yang tidak percaya tentang kedaifan yang ditanggung oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut yang difahamkan mempunyai lebih tujuh buah perkampungan di kawasan pantai itu.

Antaranya ialah Kampung Tanjung Che Mat Taukey, Kampung Tanjung Surau Pasir, Kampung Tanjung Kapur, Kampung Tanjung Jamban Hijau dan Kampung Tanjung Mengabang.

Rupa rupanya perkampungan ini adalah setinggan, bagi penduduk setinggan ini tidak ad maknanya ubnRM mat said mencanang pembangunan dengan hasil royalty minyak, sedang kan mereka hidup dalam kedaifan.

Selepas ini akan ada janji janji kosong dari ubnRM, dengan berbagai bagai alasan.

rujuk kebangsatan pengurusan ubnRM

PENGECUT TIADA PRK ADUN KEKAL KOTA SIPUTEH

CELAKA TUL, BERMINGGU MINGGU NAK KELUAR KENYATAAN,

Terbaru 4.45 petang: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada pilihan kecil bagi kerusi DUN Kota Siputeh Kedah. Dalam kenyataan yang dikeluarkan kira-kira 4.30 petang Selasa dan ditandatangani oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, SPR menegaskan, serentak dengan itu, ADUN kawasan terbabit, Datuk Abu Hasan Sarif kekal sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan. Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat kerana SPR berpendapat mesyuarat yang tidak dihadiri oleh Abu Hassan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal. Sebaliknya, ia dua mesyuarat dalam penggal yang berbeza. SPR juga memutuskan, kegagalan ADUN dari Barisan Nasional (BN) itu menghantar surat memaklumkan beliau sakit lebih awal tidak menjadikan surat berkenaan terbatal dan tidak boleh diterima pakai

PRK DUN KOTA SIPUTEH TERPAKSA DI ADAKAN

Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh terpaksa diadakan kerana soal ADUN tidak hadir dua kali berturut-turut sidang DUN secara jelas dinyatakan dalam peraturan bahawa kedudukannya sebagai ADUN akan tergugur secara otomatik, KALAU TAK AKU AKAN SUMPAH SERANAH……….

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah selesai bermesyurat 3.30PM  membincangkan kedudukan ADUN Kota Siputeh Kedah. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditanya hasil mesyuarat berkenaan tetap memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan jam 4.30 petang berhubung dengan keputusan mesyuarat tersebut. Namun Agendadaily menjangkakan, pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh terpaksa diadakan kerana soal ADUN tidak hadir dua kali berturut-turut sidang DUN secara jelas dinyatakan dalam peraturan bahawa kedudukannya sebagai ADUN akan tergugur secara otomatik.

LDP 54 UMNO 52

AKHIRNYA, Parti Liberal Demokratik (LDP), yang telah memerintah Jepunsecara terus-menerus selama 54 tahun dan banyak berjasa membawa negaraMatahari Terbit itu menjadi kuasa besar ekonomi dunia, kecundang ditangan parti pembangkang baru - Parti Demokratik Jepun (DPJ), sebuahparti berhaluan tengah-kiri.

Kekalahan dramatik LDP itu, sekali gus mencatat sejarah dalampolitik Jepun, apabila sebuah parti paling kuat dan berpengaruh tumbangdi tangan parti baru, yang tidak pernah mempunyai pengalamanmemerintah.

Kekalahan itu turut menamatkan krisis dalaman LDP, yang menjadiantara punca utama kekalahan parti itu, apabila Perdana Menteri JepunTaro Aso yang memimpin LDP dan beberapa pemimpin kanan parti itumengumumkan akan meletakkan jawatan bagi memikul tanggungjawab ataskekalahan teruk LDP pada pilihan raya Jepun, Ahad lalu.

Kejatuhan LDP adalah akibat kemarahan rakyat dan kekecewaan rakyatyang meluap-luap setelah parti itu mengabaikan kepentingan rakyat danlebih memberi tumpuan kepada golongan korporat dan birokrat.

Kelemahan kepimpinan Aso serta pelbagai skandal yang melingkariKabinetnya, sejak dia mengambil alih teraju parti dan kerajaan tidaksampai setahun lalu, turut menyumbang kepada kekalahan LDP.

Tanda-tanda kekalahan LDP telah bermula sejak 2006, selepas PerdanaMenteri Jepun yang berpengaruh, Junichiro Koizumi meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, bayang-bayang kekalahan LDP sebenarnya telah bermulalebih awal sejak 1990-an lagi, apabila dasar pasaran bebas yangdiperkenalkan oleh parti pemerintah itu memakan diri apabila dasar itumewujudkan jurang ketara antara golongan miskin dan kaya di Jepun.

Kesilapan LDP ialah apabila dasar itu yang telah mewujudkankebencian di kalangan rakyat terhadap parti pemerintah itu, diteruskanoleh Aso melalui kempen 'mesra perniagaan' yang diperjuangkannya padapilihan raya Ahad lalu, yang akhirnya membawa padah.

Sejak Koizumi meletakkan jawatan pada 2006, LDP telah melantik tiga Perdana Menteri termasuk yang terakhir Taro Aso.

Segala dasar mengenai ekonomi yang dirancang LDP menemui jalanbuntu kerana kedudukan LDP yang lemah di Dewan Tinggi yang dikuasaiDPJ.

Ketika inilah DPJ yang ditubuhkan pada 1998, memperluaskanpengaruhnya. Rakyat mula melihat DPJ yang dipimpin Yukio Hatoyama,sebagai pilihan untuk membawa Jepun keluar daripada kemelut ekonomi.

Kemenangan DPJ pula banyak dipengaruhi oleh janji-janji YukioHatoyama yang mendokong agenda rakyat dan lebih memandang kepada Asiaberbanding kempen 'mesra perniagaan' yang dibawa LDP.

Hatoyama antara lain berjanji untuk mengurangkan pergantungan Jepunkepada Amerika Syarikat (AS), sebaliknya mahu berkerja rapat ke arahpembentukan Komuniti Asia Timur berdasarkan model Kesatuan Eropah, yangturut diperjuangkan oleh ASEAN.

Agenda rakyat yang dibawa oleh Hatoyama itu berjaya menariksokongan rakyat terhadap DPJ, terutama langkah parti itu mahumenghapuskan penyelewengan dan mengatasi pembaziran dalam perbelanjaankerajaan.

Secara umum, Hatoyama dilihat tidak menghadapi masalah untukmelaksanakan semua perubahan dan janji yang telah dibuat, memandangkanpartinya kini menguasai majoriti bukan sahaja di Dewan Rendah tetapijuga di Dewan Tinggi, di Diet (Parlimen) Jepun.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM