Grab the widget 

Sunday, May 31, 2009

KAJIAN AWAL PILIHANRAYA (KAP) PAS PRK N41 DUN MANIK URAI

Kajian awal pilihanraya olih pas negeri Kelantan yang diadakan malam tadi di SEKOLAH AGAMA SG. SOK sebenarnya tidak mencerminkan hasrat akar umbi pengundi dan penyokong keseluruhan PAS dun Manik Urai, walau apa pun keputusan pengundian malam tadi tidak bolih diambil kira, sekiranya ada membabitkan CALON LUAR, KERANA sekurang kurang 7 orng yang mewakili dewan harian setiap cawangan ada pilihan masing masing, aku dapati ada antara wakil wakil itu telah di SMS dan dihubungi terlebih dulu untuk mendorong pilihan CALON TERTENTU mengikut SKRIP OLIH PIHAK tertentu.

Bagi aku tetap dengan saranan awal TOK GURU bahawa CALON TEMPATAN lebih IDEAL, sebarang perancangan jahat dari luar akan membawa PADAH KEPADA DUN MANIK URAI.

Aku bagi pihak orang ramai dari AKAR UMBI INGINKAN CALON TEMPATAN kerana DUN MANIK URAI MESTI DIPERTAHANKAN bukan untuk medan PERMAINAN POLITIK ELITE BANDAR , sekali lagi PAS KAWASAN KUALA KRAI HARUS BERKECUALI DARI MENGAMBIL BAHAGIAN.

KAMI ADA CALON BAGI MEWAKILI POLITIK KAMPONG

FIKRI CHE ISMAIL ( MAT YEE PPIYOH ) dengan kesederhanaan dan dikenali ramai, bolih dikatakan seluruh Kelantan mengenali dia, dengan sifat murah nya ,ringan tulang, istiqomah dalam perjuangan, mengambil berat hal hal kebajikan penduduk setempat, disukai olih KAWAN DAN MUSUH.

ZAMZURI MAT LAZIM bekas calon PRU 2004 yang kalah 53 undi bolih di pertimbangkan.

AKU , aku tiada untung apa apa siapa pun mewakili aku nanti, Cuma aku tak puas hati dengan PAS KUALA KRAI saja, mereka nak jadikan empayar anak beranak dan kroni mereka. Tidak ada alasan kalau kata tiada calon antara kami, 2 nama di atas itu adalah nama besar bagi kami, budak beringus kami tak main la , tambah tambah panas baran pulak tu.


Saturday, May 30, 2009

YANG GLAMOUR DAN POPULAR CALON PAS PRK N41 DUN MANIK URAI

Aku meninjau di seluruh DUN Manik urai rata rata aku mendapati 90% dari mereka inginkan calon dari tempatan, ini bermakna mereka tidak ingin calon dari luar, jadi , calon dari luar lupakan hasrat untuk mengacau disini begitu juga kepada PAS kawasan kuala krai, lupakan agenda yang tersirat itu.

Dari desas desus penduduk mereka lebih selesa kalau calon itu dari kalangan mereka walau pun tidak dijanjikan dengan jawatan EXCO atau sebarang jawatan, kenapa ?, PAS Kelantan sudah ketandusan tokoh ke ?, tak masuk akal langsung, macam cerita budak budak je, kami sudah terbiasa dengan Wakil kami terdahulu, tak ada masaalah pun, sampai lima penggal, apa logiknya calon dari luar ?, kalau tidak ada agenda tertentu, kami disini kuat dan menjadikan kawasan selamat kerana kami mengurus hal kami dengan cara kami sendiri, buat masa sekarang biar lah CALON itu dari kalangan kami walau pun PENDIDIKAN nya tak seberapa, yang penting semangat pengundi mesti di jaga demi KEMENENGAN DAN MENGEKALKAN KERUSI DUN MANIK URAI.

Semangat kami akan lemah sekiranya dibawa calon dari luar, KAMI TIDAK INGIN CALON DARI LUAR, PILIH LAH ANTARA MEREKA DARI KALANGAN KAMI , mereka adalah 1. UST. ZAMZURI BIN MAT LAZIM 2. ABDULLAH MAT (SUHAIMI KG. PERIA) 3. FIKRI CHE ISMAIL (MAT YEE PPIYOH).

Info:
SATU CERAMAH PERDANA AKAN DI ADA KAN DI:
WISMA PERIA KG. PERIA PADA : 3 JUN 2009
PENCERAMAH YANG DI JANGKA MEMBUAT UCAPAN ADALAH :

TOK GURU NIK AZIZ MENTERI BESAR KELANTAN

YB. GOBALA KRISHNAN MP. PADANG SERAI

YB. ELEZABETH WONG ADUN BUKIT LANJAN

YB. DATO’ CIKGU RAHIM
YUSUF  KADIR (ATAU JUSOH  TOKOH BEKAS AJK UMNO BAHAGIAN KUALA KRAI)

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR DAN JAMUAN NASI DI SEDIAKAN.


CALON UBN BERTARAF MENTERI PRU NANTI PRK N41 DUN MANIK URAI

Maka melobi lah dia di PUTRA JAYA, dia ni yang mengkayakan sesetengah senarai calon yang dicadang kan olih bahagian kuala krai bagi mewakili DUN M/urai nanti, semasa dia berada di pejabat wilayah kesedar PERIA dulu dengan membagi projek projek anugerah kepada mereka itu, sekarang bertugas di IBU PEJABAT KESEDAR GUA MUSANG dan KETUA PEMUDA KUALA KRAI, kata sesetengah kalangan UBN tak mungkin dia berminat nak jadi calon sebab gajinya sekarang lumayan, sebaliknya dia menafikan, kata dia, bodoh dia menceburi politik UBN kalu tidak bercita cita ingin jadi calon.

Sebenar nya dia bermusuh dengan KETUA BAHAGIAN SEKARANG sebab dia ni dari group bekas ketua BAHAGIAN yang di pecat olih BODOHLAH PM dulu, dia kata dia bukan orang politik tepi jalan dia ada rangkain pimpinanan pusat dan bercita cita menjadi seorang MENTERI nanti, bukan seperti calon calon lain yang di kutip tepi jalan dan di bawa ke kuala krai, aku pikir pun logic juga MAMAT ni, mewakili DUN adalah buat sementara untuk membina empayar dan membela beruk beruk mat yeh, bila tiba pilihanraya umum nanti dengan harapan untuk bertanding peringkat PARLIMEN pula, masa tu KALU, KALU, KALU, KALU (kalau) menanglah ada harapan sekurang kurang TIMBALAN MENTERI.

Geliga otak mamat ni, tapi aku rasa kenang jasa kah mereka yang dia pernah MENGKAYAKAN mereka itu dulu ?, mamat ni berbanding dengan calon yang lain dia lebih EDUCATED tau, UBN juga ketandusan calon educated dan berwibawa, ada la sorang tu buat PJJ (pingat ke tu?), UBN TAK KENANG JASA DIA KENANG DUIT SAJA sebab tu demo mmusuh sokmo.

Cuba teka SIAPA DIA ?, PEMENANG AKN MENDAPAT HADIAH, MELANCONG KE LATA REK DAN KONSESI PROJEK MEE SEGERA SEBELUM PRK , susah apa JPP maghi dekat MANIK UGHA BAGHU DOH.

Ha ha ha PUOK PAH LAGU MANO ?. tengango demo, dok seghok air liur joh la………


Friday, May 29, 2009

RM 2,000 HINGGA RM 10,000 SEWA RUMAH PRK N41 DUN MANIK URAI

Buat masa sekarang dan terkini itu lah harga rumah sewa dalm tempoh PRK ini, berbanding sehari selepas kematian ADUN POKSU WEIL antara RM300 ke RM1000 sahaja, toksah heran aku rasa ini juga satu cara UBN mensabotaj PAS dengan menawar dengan harga tinggi kepada tuan tuan rumah tapi mereka belum bayar pun, sengaja mereka lakukan kerana orng PAS bukan begitu caranya, setiap yang orang tawar mereka terus membayarnya, mereka bimbang dengan cara PAS terus membayarnya dan takut meraka tidak akn mendapat lokasi stratigik, last sekali aku rasa tuan rumah akan terkantoi juga, bagi PAS toksah bimbang rumah sewa memang cukup dan tempat tempat stratgik kita dapat dan terus membayar tak la mahal sangat padan la dengan rumah, harga yang paling tinggi sekitar KG.LALOH, KG.MANIK URAI BARU DAN TEPI LEBUHRAYA KUALA KRAI GUA MUSANG.

Aku tau la orang UBN ni siapa yang mahu keluarkan duit dulu, orang PAS ada dermawan, orang UBN ni tak main derma derma ni, siapa mahu melabur selagi CALON tak tahu sapa, meraka akan demand calon nanti yang mana mereka telah berjanji dengan tuan tuan rumah itu, ramai sangat broker broker UBN masuk kampong keluar kampong mencari rumah kosong dengar menawar harga tinggi dan berjanji membayarnya selepas penamaan calon, mereka ini menghisap darah cukup cukup, pandan muka UBN, agensi kerajaan, media UBN akan terkena kalau bodoh pada penyangak penyangak ni, penyangak ni jangka mereka akn untung antara RM1000 hingga RM10,000.

Memang orang UBN ni dari sekeci kecil sampai sebesar besar pangkat PENYANGAK BELAKA.


2 CALON PAS GLAMOUR PRK DUN M/URAI

Aku akn ceritakan latarbelakang mereka supaya umum mengetahui, 2 individu ini nanti dari luar iaitu dari kuala krai dan mengkebang, satu dikenali olih tokei tokei balak cina dan melayu, tidak berpendidikan tinggi , kecewa tidak dapat bertanding di DUN GUCHIL PRU lalu, tidak di kenali olih orang kampong khusus nya M/urai, di kelilingi olih pembodek. Nama akn kemudian.

Yang sekor lagi berpendidikan tinggi tapi mad greedy of power, ego, bongkak, mewah menunjuk nunjuk ,kecewa juga tak dapat jadi calon di GUCHIL pru lalu, pernah berjawatan tinggi dalam hirarki PAS , nama akan kemudian.

Dalam tempoh sebulan pernamaan calon nanti aku akan highlight kan background calon yang akan bertanding, biar jadi bubur dulu kot kot terserlah nanti permata yang dapt mereda kehangatan perebutan calon dan dapat diterima umum.


Thursday, May 28, 2009

3 AGENSI KERAJAAN AKN BEROPERASI DARI SK MANIK URAI BARU PRK DUN M/URAI

Dalam jangkamasa sebulan tempoh PRK ni UBN akan mengecat semula DUN M/urai dengan warna warni dan hiasan yang indah indah, olih itu Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Penerangan negeri akan menjalan kan operasi nya di 2 atau 3 unit Quarters guru di SK Manik Urai Baru dengan seberapa segera, kerja kerja mengubah suai bangunan itu di jangka bermula esok atau lusa.

YANG TAK SEDAP DI PIHAK PAS

Rupa rupa nya aku baru tahu sempadan pilihan raya dun manik urai di belah selatan sampai jambatan sg. durian rupanya , tidak dekat pejabat estate Lepan Kabu Pahi, dah kalu tidak, kenapa zulkifli yaacob dan uji ikan sibuk nak jadi calon atas dasar anak tempatan ?, gila sangat nak kan kuasa , kenapa dulu tak pertahan kan DUN guchil, kenapa bagi kepada calon KEADILAN, sedangkan berapa ekor sangat orang adil ada disitu, PAS kawasan kuala krai pulak sibuk dok promote budak beringus panas baran mentah tu pulak, gi tanyo ohge kapong PERIA bakpo budak tu tukar nngajar dari peghia ko kapong SIREH ?, budak ni ado peghanga tu, oghe cucuh puteri pun bghona juga, nok ko uji ike, kaba ko demo wei ?.


ORANG PAS TIDAK SELAMAT PRK DUN M/URAI

Betul la tu SPR menetap 6 JULAI dan 14 JULAI tarikh bagi penamaan calon dan hari membuang undi, SPR mesti mengikut telunjuk UBN mengambil masa lama untuk megadakan pilihan raya , UBN semesti menunggu laporan SB mengenai apa apa kekurangan yang ada di DUN M/URAI ini, untuk melaksanakan PROJEK MEESEGERA, sekarang ini pun aku rimas ramai sangat orang yang tak dikenali merayau seluruh pelusuk kampong dan menemuduga orang ramai.

Aku agak DUN M/URAI nanti pengundi UBN akan kaya lah, mesti beli kereta besar dan duduk di apartmen mewah walau pun menorah getah, anak bodoh akn dapat belajar di university baru nanti, mungkin jalan kampong akn jadi 4 atau 5 6 7 lorong, pusat membeli belah ala barat, pusat pusat hiburan karaoke dan tiada lagi Honda c70 atau x5, semua guna MPV untuk ke kebun getah, yang aku kesian nanti PACAT akan menjadi mangsa dek kerana kebun getak akan di simen.

Aku suka semua itu tapi tiada satu contoh di Malaysia ini apa bila PRK UBN melaksana kan janji nya, logic nya UBN hanya menipu rakyat saja , lepas pilihan raya rakyat tak di pedulikan.

Yang lepas lepas yang mendiami rumah PPRT keseluruhan orang UBN, orang PAS jangan harap, lihat saja di DUN M/urai, orang PAS pun warganegara juga, membayar cukai , satu perkara aku lupa disini juga ada warga thai menorah getah, warga siam thai kerja memotong kayu balak yang status kehadiran mereka di ragui, apa pehak berkuasa lakukan, aku tak paham la.

Kepada orang PAS aku nasihatkan bila bercakap di kedai kopi harus berhati hati kerana SB sekarang ini ribu ribu orang, orang kata cakap siang pandang pandang cakap malam dengar dengar, aku perhatikan kalau orang PAS ramai di mana mana kedai kopi adalah SB, ini satu stratiji UBN mengunakan SB untuk memecah belahkan orang PAS selain membuat bancian statu ekonomi dan prasarana penduduk.

DUN M/URAI orang PAS tidak selamat.


SELKUM BERUKBAND PRK N41 DUN M/URAI

SELKUM BERUKBAND PRK N41 DUN M/URAI
Kata langit terbuka, nak suruh mahir IT tapi celcom broadband hampas di DUN M/urai tak ada 3G dan high speed, lembab nak mam… , itu lah syarikat GLC pentingkan untung dari perkhidmatan, sama juga telekom streamyx, charge mahal, aku agak pak MENT… ada share kut ?.

Datang ramai ramai ke PRK M/urai dan nikmatilah INTERNET KUASA TURBO yang di sediakan olih kerajaan 1234567890 MALAYSIA 0987654321 rasalah apa yang kami rasa, cakap tak serupa bikin, susah lah aku nak percaya cakap pemimpin UBN ni, banyak menipu dan berjanji palsu, tambah tambah dalam PRK nanti banyaklah janji MENIPU 1MALAYSIA RAKYAT DIGULAKAN.

Sebab itu makmal computer sekolah, computer nya dah jadi barang scrap, cikgu nak bagi murid guna takut rosak akhirnya dah tersadai, tak percaya Tanya anak anak, berapa orang tahu guna computer, belanja juta juta yang untung kontraktor anugerah dan orang yang mencipta projek itu.

Eiii ! ingat computer tu bolih buat pusaka ke ?, atau bolih simpan buat harta karun ?, ko tau hardware dia setiap minit di upgrade canggih canggih di pasaran, software pula setiap masa mesti di update bukan macam TV la bodoh, kalau ko beli PC ke LAPTOP ke saat ini, saat seterusnya ko mesti anggap dah jadi barang scrap tau, ada paham, kenapa la kementerian pelajaran begitu bangang tak pantau di sekolah sekolah samaada barang tu di guna kan atau tidak, membazir duit rakyat je, aku bukan cerita kosong, tak percaya Tanya murid murid, mentang mentang lah kami ni POLITIK KAMPONG DUN M/urai bolih cucuk hidung ka ? , ATAU TUTUP MATA, BINAWEE sungguh.


Wednesday, May 27, 2009

KAYA KAN PENYOKONG UMNO DULU PRK DUN M/URAI

Ramai lagi pengundi pengundi UBN yang teruk teruk perlu diberi subsidi saperti zink bumbung, jamban, duit poket bulanan dan lain lain barang keperluan asas, aku memang sedih melihat mereka ini, aku kira aku ni dah teruk, tapi mereka lebih teruk lagi, kalau UBN tidak bantu, mereka tidak akan dapat berdikari berbanding orang PAS dapat menerus kan kehidupan tanpa bergantung pada sesiapa , sebab itu orang UBN amat memerlukan projek PPRT, kesian orang UBN  memerlukan tali hayat.

Kepada pengunjung kali pertama ke DUN M/URAI jangan terkejut tentang kehidupan rakyat 1 Malaysia DUN M/URAI dalam kedaifan, inilah hasil 50 tahun lebih 1 Malaysia merdeka, kalau anda melihat ada pemberian bantuan nanti atau wawancara dalam media arus perdana itu semua adalah UBN semua, UBN memang teruk, kalangan pemimpin nya kontraktor anugerah, sebab itu mereka kaya.

INFO :

Tok Guru akan berJumaat di Kg. laloh pada jumaat 29 mei 2009 sebelum ke PASTI Kg.Manik Urai Baru bagi melancarkan gerak kerja PRK DUN/MANIK URAI.

Kepada pengunjung dari luar selepas PRK nanti sekiranya anda bermusafir disekitar DUN M/URAI di KG.LALOH ada rumah tumpangan D’LALOH , disekitar KG.LALOH ada tempat beriadah hujung minggu iaitu AIR TERJUN LATA REK 10 minit berkereta dari laloh.

Masakan popular adalah gulai tempoyak ikan KELAH taruk daun PEPIJAT, anda tak pernah dengar daun pepijat ?, datanglah sekali seumor hidup untuk menikmatnya, makan daun pepijat atau isi dibuat sambal dapat mengurang kan cacing rambu (kerawit).

SELAMAT DATANG MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA TIDOR DI KG. LALOH PRK N41 DUN M/URAI

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri merangkap ketua penerangan umno Malaysia malam tadi tidor di Kg.Laloh dalam DUN M/URAI, alahai ! perihatin nya menteri, apa yang nak diterangkan aku pun tak tahu, tak payah teranglah BULAN pasti mengambang punya, kalau boleh aku cadangkan bawa lah putra jaya sekali. (aku tak tahu apa nama dia, eh ! apa MAZELAN ).


Hari jumaat 29 mei 2004 Tok Guru akan melancar gerak kerja pilihanraya di bangunan PASTI kg. Manik Urai Baru 24 km. dari kuala krai.


UTUSAN MALAYSIA KSG (kurang segar) PRK DUN M/URAI (laporan tipu awal olih UM KSG)

Akhbar utusan Malaysia kurang segar dan panas kepala, perlu dirawat dan dikitar semula,  melaporkan Dr. Zulkefli, seorang pengamal perubatan yang memiliki dua buah klinik di Chiku dan Gua Musang sebagai pencabar Ismail Yaacob pada pemilihan Pas kawasan baru-baru ini, untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua, yang mana beliau tewas dengan lima undi, yang sebenarnya Zulkifli Yaacob yang Pada Pilihan Raya Umum 1999, Zulkifli menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Razali Che Mamat dengan majoriti 639 undi bagi DUN Guchil, bagaimanapun tewas kepada Dr. Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi di kerusi sama dengan majoriti 53 undi pada Pilihan Raya Umum 2004, bukan Dr. Zulkefli.
Ini merupakan KEBODOHAN awal utusan Malaysia dalam melaporkan berita dalam PRK MURAI untuk perbodohkan orang ramai. ( lihat sini ).
 
Oi ! utusan KSG jangan bodohkan orang la, Zulkifli mana ? kaki putar betul lah.


Tuesday, May 26, 2009

TIMBALAN PENGARAH JPP KELANTAN MENGETUAI JPP DAERAH KUALA KRAI

ALAHAI JPP
UBN dah mula dah, khabarnya timbalan pengarah JPP Kelantan akan memangku jawatan pegawai pembangunan daerah semasa ketiadaan pegawai itu, pelik bukan ?, pegawai besar pangku jawatan pegawai kecik, UBN memang serba mungkin, musim ni pulak tu, dikatakan dia akan mengurus kan projek MEE SEGERA di PRK DUN MANIK URAI, tugas tugas itu dikatakan akan di lakukan secepat mungkin, dalam sehari dua ini.

CALON UBN
Antara senarai awal yang di cadangkan bahagian kuala krai keperingkat perhubungan adalah dato’ramzi, jalal, ismail che draman dan ani ketua wanita bahagian, yang aku pelik juki bekas calon tak tersenarai, kesiannnnnn, cuba perhatikan nama nama itu selain dari ani, ianya adalah plan A B dan C bagi ramzi , ani calon ambil hati, sejarah calon calon sejak kapal layar sehingga timbang kilo tak pernah seorang pun calon dari tempatan DUN MANIK URAI tidak keterlaluan kalau dikatakan sejak adanya pilihanraya, terakhir ismail che draman pula jatuh sakit (stroke) aku doakan semoga cepat sembuh amiin !, maka tinggal lah 3, kalau diambil kira factor tempatan ANI, ANI, ANI, ANI ada kelebihan, erhghh ! lantak lah puak mu aku peduli apa, tapi tangan aku ni gatal sangat.

POLITIK PAS DUN MANIK URAI
Aku ni politik kampong, dan memang nya ramai lagi politik kampong macam aku, dek kerana politik kampong lah DUN MANIK URAI dapat mengekalkan kerusi antara paling lama di kelantan ini selain dari kerana GLAMOUR nya arwah PAK SU WEIL, sememang nya majority pengundi DUN MANIK URAI adalah orang kampong dikalangan penoreh getah dan bertani, tiada taman perumahan, tiada kilang, tiada prasarana canggih, mana mana pihak pun tidak dapat mengadakan pembangunan canggih dalam sekelip mata atau dalam jangka masa 10 tahun, sememang nya kami terpinggir dari arus pembangunnan perdana, walau pun terpinggir minda kami tetap kedepan, kami disini tidak perlukan pembangunan mega, tapi jangan kongkong pemikiran kami, kami juga melahir kan generasi masa depan yang bertaraf dunia juga, kami hanya mahu urusan DUN MANIK URAI diurus olih pehak kami sendiri.

DUN MANIK URAI DAN POLITIK KAMPONG

Kami merasa hak kami dirampas olih orang yang berpolitik Bandar dan elite, yang mencari kesempatan dan mencari kuda tunggangan olih orang politik Bandar yang mementing perut semata, kami ada akal, sebab itu kami merasa kami betul, apabila kami mersakan ada kepincangan dan luahan kami ibarat mencurah air ke daun keladi.

AKU OTAK POLITIK KAMPUNG TAK TAHU MENILAI KEBAIKAN ORANG LAIN ?.


Monday, May 25, 2009

PAS LETAK CALON MUSLIMAT DI PRK N41 DUN MANIK URAI

Kemungkinan PAS akan meletakkan calon muslimat adalah besar, kemungkinan ini berdasarkan kegilaan PAS kawasan kuala krai, PAS kawasan kuala krai tengah meroyan, ini disebabkan PAS kawasan kuala krai ada agenda tersendiri, sudah lama aku sendiri pun merasakan tak puas hati, walau pun sebagai pemerhati dari luar aku sentiasa mengikuti gelagat dan perangai mereka, aku sebenarnya sayangkan PAS, tapi dalam hal cantas mencantas ini aku tak bolih berdiam diri, aku terpaksa berterus terang untuk mendedahkan perangai perangai mereka nanti, biar pun ada sesetengah pihak marah dan tak setuju dengan aku, PAS kawasan kuala krai ada calon pilihan mereka yang di lur dari DUN MANIK URAI.

PAS kawasan kuala krai harus berhati hati, aku tidak akan teragak agak untuk mendedahkan nama nama yang disebalik dan menjadi dalang memporak perandakan DUN MANIK URAI, sememangnya PAS kuala krai mahukan CALON YANG BOLEH DIKUDAKAN untuk memuas dan memenuhkan hawa nafsu mereka saja tanpa memikirkan masaalah rakyat dan pengundi di DUN MANIK URAI.

Pendirian aku tetap dengan CALON MESTI GLAMOUR UNTUK MEMENANGI PRK INI bukan nya menjadi calon untuk glamour, kaya, dikudakan dan menjadi budak suruhan.

Aku tetap akan mendedahkan apa yang tak betul sampai bila bila, aku tak peduli, aku ingin melihat sehingga adanya CALON yang berilmu, berkaliber dan di segani boleh dibawa sehingga peringkat yang lebih tinggi dalam jemaah PAS demi masa depan perjuangan ISLAM khas nya bagi DUN MANIK URAI.

ALLAHUAKHBAR !!!!!!!!

Sunday, May 24, 2009

SIAPA CALON PAS BAGI PRK N41 DUN MANIK URAI ?

Tentunya sudah ada dalam perkiraan dan semestinya dari kalangan tempatan, sekali lagi aku ingin ingatkan jangan sesekali bawa calon dari luar (mesti faham ini), PAS kawasan kuala krai jangan mengarut, kami ingin benar benar calon yang dari kalangan kami dan berkhidmat untuk kami, orang luar jangan menyibuk, jagalah tempat masing masing, nak bodek ke, nak ampu ke pegi lah tempat tok wakil masing masing, ini adalah amaran aku dan aku tujukan amaran ini bukan kepada semua tapi orang tertentu saja, dalam hal ini aku terpaksa bertegas.

Dari soksek soksek coffee house kampong adalah beberapa orang yang boleh di ambil kira dan munasabah, aku akan senaraikan antara nya :

FIKRI CHE ISMAIL (mat yee ppiyoh) dari KG. LALOH, tidak berpendidikan tinggi tapi istiqomah dalam perjuangan mesra pengguna dikenali dan disenangi kawan dan musuh, mudah di bawa berbincang murah hati ringan tulang, bekerja sendiri, kelemahannya boleh di baiki boleh dikatakan Kelantan kenal dia walau pun low profile, (kalau Tanya tuan badan, mu nok jadi calon ? , tentu jawabnya toksir).


UST ZAMZURI MAT LAZIM dari KG PERIA, bekas calon 2004 berpendidikan tapi tak mesra pengguna susah mengenali orang ramai dan susah berubah, (kalau Tanya tuan badan, mu nok jadi calon ? , tentu jawabnya aku nok).

MAT HARON (mat budi) dari KG.BUDI, (ego and bad education) tak disenangi di kampongnya dan pentingkan keluarganya di pasir mas dan hanya di senangi PAS kawasan kuala krai, (kalau Tanya tuan badan, mu nok jadi calon ? , tentu jawabnya aku nok).

setakat ini mereka ini adalah munasabah, perlu diingat kan CALON GLAMOUR ADALAH PILIHAN TERBAIK, fikir fikirkan lah.

Bagi aku siapa pun CALON dari PARTI RASUAH nanti aku anggap semua nya LEKEH semuanya, tak payah gerun dengan syarat CALON PAS MESTI GLAMOUR.
DUN MANIK URAI tiada ramai calon yang berpendidikan, professional adalah kesilapan PAS kawasan kuala krai disebabkan politik cantas dan CAS KETING, boleh dikatakan PAS KAWSAN KUALA KRAI di monopoli dan di cucuk hidung oleh orang yang berkepentingan sekitar KUALA KRAI, GUCHIL dan MENGKEBANG SAHAJA.

Apakah kami dari DUN MANIK URAI ni bangsat sangat sehingga tiada calon FIRST CLASS, sudah berapa lama orang disini hidup mati dengan PAS ?, sebenarnya ada, kami ada professional, pemegang ijazah, degree dan lain lain lagi tapi pintu kami ditutup.
CALON PAS MESTI GLAMOUR BUAT PRK KALI INI dan masa depan PAS DUN MANIK URAI pakat pakat lah fikir kan.

KEPADA PARTI RASUAH, kamu jangan gah, walau pun kami berselisih pendapat antara kami, kami tak akan bakar kelambu marah kan nyamok, kami akan patuh kepada pimpinan tertinggi kami insyaallah.
Tak sah kalau aku tak COKEK hal PARTI RASUAH umpama makan nasi tanpa BUDU perah asam limau kerat lintang lada burung dan ikan tawar uurrrrrrsssssssedap……………………………..pedas, eh ! bangunan dan dewan berwarna biru dekat simpang sungai SOK, CUCUH PUTERI tu bangunan apa ek ! macam balai POLIS je, oo ! itu JUKI punye, itu lah hasil dari sepenggal pembangunan yang dibawa olih bekas wakil yang menang majority 53 undi, tapi untuk siapa ?

Tiada apa yang dapat dibanggakan olih pengundi disini, tiada pembangunan tiada mercu tanda walau pun suatu ketika dulu pernah TIMBALAN MENTERI BESAR pernah mewakili kami semasa era pemerentahan BN dulu.
Ada orang kaya lebih kurang pun dikalangan BN semuanya kontraktor kelas A F, eh! Macam program reality show TV pulak, untuk pengetahuan , ramai dikalangan BN yang kuat disini kontraktor , projek MEE SEGERA bila nak mula ?, tipu rakyat saja.
Dan aku mengalu alukan kedatangan petugas petugas pilhanraya dari luar datang dan melihat sendiri dengan mata kepala sendiri baik dari parti apa pun yang mana kami di anak tirikan olih PARTI RASUAH.

PADA MU PARTI RASUAH AKU TETAP MENUNGGU JANJI JANJI MANIS MU, PROJEK PROJEK TIPU DAYA MU, PUTERI MANIS MU MASUK TIPU ORANG KAMPONG, MENTERI MENTERI HAGAS MU, SAMSENG SAMSENG MU, WANITA WANITA MU MENYAMAR MEMAKAI TUDUNG NAMPAK RAMBUT DIDEPAN DAN BERSILA ATAS GELEGAR KAYU USANG, PELUKLAH CIUMLAH ORANG ORANG TUA, ORANG SAKIT JANGAN PEDULI BAU PELUH, JEBAK YANG BUSUK DAN HANYIR ITU, SEKURANG KURANG NYA sekira ada anugerah pelakun terbaik dapat lah OSCAR, ……………………………..aku teringin nak lihat SHAHRIZAT dari dekat berselubung Nampak rambut didepan, aku tak tahan melihat lirikan mata mu itu, astaghfirullahal’azimm ! .
RUMAH SEWA HABIS STOK, HOTEL MESTI KOTA BHARU, ORANG PAS SELESA DI MASJID, ORANG UMNO FOBIA MASJID (tengok lah nanti berapa ramai pengunjung BE END kemasjid, kami akan banci untuk genuines book of record)

PADA PIMPINAN AMBIL KIRALAH PENDAPAT AKU INI, KAMI LETIH DAH MEMIKIRKAN HAL INI.


Saturday, May 23, 2009

PRK DUN MANIK URAI PAS AKAN BERDEPAN DENGAN SAMSENG

Ada ura ura dan tanda tanda parti rasuah akan menggunakan khidmat samseng dan pertubuhan samseng untuk menghuru hurakan PAS. 

Mereka ini sedang mencari rumah rumah sewa untuk menjadikan camp operasi mereka, kepada petugas PAS aku harap dapat berdepan dengan mereka ini dengan penuh tabah dan semangat yang kental, ikut pada pengalaman yang lampau petugas PAS dapat menangani dengan jaya nya. 
Walau apa pun PAS mesti berhati hati dengan taktik kotor mereka. 

CALON TEMPATAN YANG GLAMOUR ADALAH PILIHAN TERBAIK 

KAMPONG YANG TERLIBAT DENGAN PRK N41 

KG.MANIK URAI LAMA, MANIK URAI BARU, LALOH, KARANGAN, MANJOR, LELAL JASA, LATA REK, PERIA, TEMALIR, CUCUH PUTERI, CHATEL, KG.RAGU, TEMIANG, GAJAH, LEBUR KALA, LATA TUAL, SG. SOK DLL. (pilihlah calon calon dari kampong yang tersenarai ini) 

Calon dari luar lupakan lah, jangan cuba nak ambil kesempatan, PAS bukan nya syarikat perniagaan, kalau nak berniaga cari lah bidang lain, PAS juga bukan wadah untuk mengkayakan kroni dan keluarga. 

BACA POSTING AKU YANG LAMA LAMA.





Friday, May 22, 2009

BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MANIK URAI ?

Aku agak ramai juga sekarang ini yang bercita cita untuk menjadi calon bagi pilihanraya kecil dun manik urai nanti.
Untuk makluman tiada calon tempatan yang paling berkaliber, berpengetahuan, berpelajaran setakat yang aku tahu, ini adalah reality, jangan ada yang menyanggah pendapat aku ini, tunggu komen komen aku mengenai calon calon nanti.

Kepada pimpinan jangan mudah mendengar pelobi pelobi yang berkepentingan jangka pendek, aku tahu ramai pelobi seperti itu di PAS kawasan kuala krai ini, politik PAS kawasan kuala krai adalah berasaskan politik anak beranak saja.

Dun manik urai calon nya mestilah datang dari penduduk tempatan, jangan sesekali dari luar, calon dari luar aku harap lupakan saja hasrat itu, pada pimpinan mesti menerima hakikat ini.

Namun begitu, calon tempatan yang berjasa dan pernah berjasa kepada rakyat tempatan dan rapat hubungannya masyarakat dan dikenali atau glamour tetap ada walau pun tidak berpelajaran tinggi, itu tidak menjadi masaalah kepada penyokong PAS disini kerana mereka ada pengalaman ini, calon mesti glamour dikalangan musuh dan kawan, selain dari factor pelajaran atau ilmu kita ada calon glamour yang mudah didekati dan bertukar tukar pendapat.

Latar belakang pengundi disini datangnya dari seluruh pelusuk Kelantan, jadi berbagai bagai kerenah, perangai dan latar belakang orang disini, sedikit sahaja penduduk asal, pehijrahan penduduk berlaku apabila tanah tanah baru diteroka dan dibangunkan.

Kesilapan meletak calon akan berdepan dengan kritikan dari aku……………………………… aku tidak akan berpura pura dan hipokrit, serba sedikit mengenai calon dan hal hal di dun maniK urai boleh lihat posting aku terdahulu atau aku akan post kan akan datang.
Walau pun tiada calon berpendidikan calon glamour dan dikenali kawan dan lawan adalah pilihan terbaik (dalam kontek DUN adalah padan untuk berhadapan dengan BN) kerana calon BN nanti adalah lebih teruk dari kita, calon BN khabar nya ketua bahagian RASUAH kuala krai, ia itu dato’ ramzi abdulrahman ?.

PRK dun manik urai PAS mesti mempertahankan dengan meletak calon glamour untuk menang, PAS kawasan kuala krai mesti belajar jangan pentingkan individu tertentu, berubahlah PAS kuala krai , sekarang ni zaman IT tau !, langit sudah terbuka, jangan jadi katak bawah tempurung lagi, aku yang kolot ni pun tau berblog jangan buat malu la, jangan terlebih fikir pasal duniawi dan kesempatan untuk kaya segera saja, sampai bila kita tidak akan ada calon berkaliber di dun manik urai nih, fikir fikir kan lah PAS kuala krai, sampai bila nak jadi pengampu dan diampu kah kah kah !!!!!

CALON GLAMOUR ADALAH PILIHAN TERBAIK BUAT MASA SEKARANG.

Selamat berpilihanraya semoga PAS akan mengekalkan kerusi dun manik urai.

P/S TM bila kau nak sambung cable telekom supaya aku dapat berblog dari rumah aku guna streamyx, sudah 2 bulan lebih dah, tak guna punya ……………………………….. kalau aku kaya dah lama aku guna satellite atau celcom broadband dan ucapkan goodbye pada streamyx.


Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM