Grab the widget 

Saturday, January 31, 2009

Umno Perlu Majlis Ulama ?

Berani kah UM no menubuh Majlis Ulama parti nya ? ini adalah satu satu cara bagi membersihkan seluruh UM no itu sendiri, lain lain cara semuanya mengarut belaka.

Setakat ini orang luar dari UM no tidak boleh berbuat apa apa atau berkata apa apa untuk menasihati UM no, kalau pun ada kalangan ULAMA dalam UM no pun, dia juga sama saja dengan lain lain UM no yang ada, berkehendakan jawatan tinggi mengumpul harta dan sebagainya, itu sebab nya dalam kekalutan sekarang ULAMA UM no yang ada sekarang ini BISU, PEKAK, BUTA, dimana ULAMA ULAMA ini ? oh ! tidor kekenyangan walau pun UM no 10 percent lagi nak berkubur.

Dari bawah sampai keatas orang UM no tak boleh diajar, sudah lah kurang ajar bongkak sombong melawan tokei, tengok... lembaga disiplin yang dipersetujui semua oleh UM no boleh mereka membelakangi nya, terbaru SPRM apa jadi ?.

Majlis Ulama mesti lah dari kalangan orang yang tak berkepentingan, bebas dari memihak kepada mana mana parti, profesional rendah diri dan sebagai nya, tugas nya untuk menasihati mana mana ahli, atau mencadangkan sesuatu perkara dan memantau tingkah laku serta menasihati mereka jika ada sesuatu perkara yang bolih memesong kan dari landasan ISLAM. 

Soal nya mahukah mereka UM no atau kalangan ULAMA yang ada dalam Msia ini menganggotai Majlis Ulama tersebut.

Aku rasa tak mungkin, kerana ramai kalangan UM no bersifat kurang ajar.

Lihat pandangan bekas Mufti Perlis.


Friday, January 30, 2009

TAK PERNAH KU TENGOK ORANG INDIA PAKAI BAJU UMNO


kelab penyokong PAS teluk intan

ada orang india cina pakai baju UM NO tak ada punya, sebab UM NO selalu perlekeh kan bangasa mereka,

tengok dalam majlis atau dalam perhimpunan UM NO, mereka selalu laungkan,

HIDUP MELAYU HIDUP MELAYU

habis bangsa lain MAMPUS semua lah ?

sebab tu bangsa lain tak percaya pada UM NO kerana UM NO penting pada bangsa nya sahaja.

makkal sakti ! makkal sakti ! makkal sakti !

aku sendiri pun belum tentu asal usulku MELAYU yang pasti aku ISLAM

sebab tu aku sokong PAS

kerajaan negeri kelantan patut ambil perhatian

kerajaan negeri kelantan patut ambil iktibar dari cerita di bawah ini, nama yang di sebut dibawah ada kaitan dengan jabatan perhutanan negeri kelantan suatu ketika dahulu.

Cerita dan pengakuan penyamun zaman BN

Dah empat kali aku bersembang dengan seorang penyamun veteran yang aktif di Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan sejak 20 tahun lalu. Penyamun ini nampaknya turut beralih cara dan halatuju bersama tsunami PRU12. Walau pun masih aktif dalam bisnes yang sama, tapi modus operandi dan hala tuju untungnya nampak dah dimodified. Kalau tak OK sangat pun, kira OK jugalah. Perubahan awal yang ada potensi bertambah baik.

Dia menceritakan satu kes panas yang baru berlaku dan belum selesai lagi pun. Walau pun hanya SATU kes namun begitulah realiti bagi kes-kes yang lain.

Kata si penyamun ... rakan dalam kumpulannya mendapat khabar bahawa kantung Yayasan Perak (YP) dah kontang. YP perlukan duit untuk melaksanakan aktiviti dan program yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Maka rakan penyamun pun berundinglah dengan pengurusan atasan YP. YP dicadangkan minta kawasan balak. Yayasan memohon kepada Jabatan Hutan. Kelulusannya dalam mesyuarat Exco. Pendek kata 'kerajaan memohon kepada kerajaan'. Tak kan lah tak boleh dapat.

Ogos 2008 Jabatan Hutan luluskan lebih kurang 40 permohonan balak. Tapi YP tak dapat pun. 15 Januari 2009 Jabatan Hutan luluskan entah berapa puluh permohonan lagi. Tapi YP tak dapat juga. Apa ke jadahnya ni! Kepada berpuluh-puluh individu dan syarikat boleh diluluskan tapi kepada Yayasan Perak tak boleh lulus. Apa masalahnya?

Apabila Pengarah Hutan si Masran ditanya kenapa tak diluluskan kepada YP, selamber kude je dia jawab "YP tak ada tukul besi". Mangkuk ayun si Masran ni. Senang hati je dia nak memperbodohkan orang.

Kata si penyamun, sebelum Ogos 2008, pengurusan YP dah berjumpa dengan MB. Si Masran Tarbus tu pun ada bersama. MB dah catatkan recommendation nya pada surat/kertas permohonan YP kepada Jabatan Hutan. Malangnya YP tak tersenarai dalam kelulusan Ogos itu.

Sebelum kelulusan 15 Januari 2009, sekali lagi pengurusan YP berjumpa dengan MB. Kali ini si Masran tak ada. Yang ada ialah si Kama yang sikit bawah dari Masran. MB catatkan lagi recommendation nya untuk tindakan Pengarah Hutan. Bila senarai kelulusan keluar pada 15 Januari, YP tetap tak dapat juga.

Maka pada satu hari dalam minggu lepas, si penyamun dan kumpulannya pergi jumpa si Masran. Penyamun tanya Masran apa problemnya yang YP tak boleh dapat kelulusan sedangkan MB dah dua kali bagi memo. Si Masran senang hati je jawab "mana ada MB recommend". Penyamun terus tunjukkan salinan surat yang ada recommendation MB kali kedua. Si Masran selamber je kata "budak-budak saya tak tunjuk pun surat ni".

Pendek cerita, kumpulan penyamun pun terus bagi lebih kurang warning kat Masran. Jangan sampai kami datang kali kedua!

Besok paginya penyamun dapat panggilan daripada somebody kat YP minta datang ke pejabat. Dalam perjalanan ke Ipoh penyamun dihubungi oleh sorang taukeh Cina. Taukeh tu kata "Kawan aa ... kalau lia olang boleh bayar 5 juta aa ... cakap sama lia olang, kita boleh kasi lebei sikit maa ...". Apa ke jadahnya pulak yang taukeh China ni offer macam tu? Kira-kiranya dia dah tau YP akan dapat kelulusan balak. Padahal belum apa-apa pun lagi. Sapa bagitau apek ni?

Bila sampai ke ofis, somebody kat YP tu terus tanya "Apa yang hangpa dah buat? Hangpa kata apa kat Pengarah Hutan?". Penyamun tanya balik "Awatnya? Apa dah jadi?". Somebody pengurusan YP tu bagitau dia terima panggilan telepon dari pejabat MB pagi tu dengan arahan "Jangan hantaq sapa-sapa lagi pi berurusan dengan Pengarah Hutan. Perkara tu akan diselesaikan oleh salah sorang SU MB!". Alamak ... wat hepen?

Penyamun cerita pada aku ...

Memang dah jadi amalan zaman BN, ada raksaksa-raksaksa besar di belakang malaun-malaun civil yang bersangkut paut dengan tanah dan sumber asli. Malaun-malaun tu memang dah slow sikit sejak kerajaan baru ni. Tapi slow bukan bermakna dah tobat. Slow untuk set-up teknik menyamun yang baru.

Lebih kurang pengurusan luar tabie tu macam ni ... Bila perbadanan apa-apa atau yayasan apa-apa perlukan duit, MB zaman dulu akan order Jabatan Hutan supaya bagi kawasan balak yang padan untuk dapatkan jumlah duit yang diperlukan. Jabatan Hutan uruskan segala-galanya. Perbadanan atau yayasan tak perlu tau apa-apa. Selesai proses, perbadanan atau yayasan cuma perlu tandatangan perjanjian jual-beli kawasan tu dengan kompeni yang dah disediakan. Semua deal dibuat oleh ..... entah la ... pengarah hutan mungkin boleh jawab.

Yang celakanya ... duit yang perbadanan atau yayasan dapat tu bukanlah nilai yang padan dengan keluasan kawasan yang diluluskan. Kata penyamun, biasanya kalau perbadanan/yayasan dapat 5 juta ... nilai sebenar yang patut boleh dapat ialah 50 juta. Cisssss! sepuluh kali ganda tu!

Patut la boleh jadi raksaksa. Bayar 5 juta dapat untung kasar 45 juta. Tendang pi terajang mai suap babi kat mulut malaun-malaun civil tu 10 juta lagi pun tak apa. Masih untung 35 juta. Tolak pi la kos kerja 5 juta ... untung lagi 30 juta. Aku pun teringin nak jadi orang besaq hutan!

Okey, balik pada cerita asal tadi, ada beberapa soalan dan persoalan yang perlu kita tanya dan kita jawab sendiri dengan penuh tanggungjawab dan insaf.

1. Kenapa boleh berlaku Jabatan Hutan (tak kira la pengarah ka atau sapa ka) ingkar arahan MB? Dah pulak tu, yang direkomen adalah yayasan yang kerajaan punya.
2. Kenapa boleh berlaku taukeh china tu dah offer nak bagi baik punya harga ... sedangkan kelulusan belum berlaku. Macam mana taukeh tu dah tau lebih awal? Siapa yang bagitau?
3. Apalah agaknya yang diceritakan oleh si pengarah kepada MB atau pembantu MB sehingga yayasan diarahkan supaya jangan lagi pakai atau hantar wakil berurusan dengan pengarah hutan?

Aku cuma mengharap agar mandat rakyat tidak dicekodokkan. Janganlah dijual harta rakyat yang bernilai 50 juta dengan harga hanya 5 juta. Janganlah dibiarkan pegawai tinggi yang dibayar gaji oleh rakyat akhirnya menyamun harta rakyat dengan pelahap terlampau.

Cerita penyamun ini mungkin boleh dipertikaikan asbab dan maksudnya. Kita boleh kata penyamun ni membebel kerana dia tak dapat apa yang dihajat. TAPI bagi aku, yang penting ialah kita patut belajar memahami sepak terajang penyamun yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan yang kita pimpin.

Penyamun tu kata, cerita itu adalah cerita first-hand. Maknanya dia sendiri terlibat dalam adegan-adegan yang aku coretkan tu. Aku mengamati dan cuba menilai ketulenan cerita penyamun tu selama 4 hari dan aku simpulkan bahawa cerita itu benar. Memang berbelahbagi juga perasaan aku sama ada nak tulis atau diamkan saja. Silap haribulan polis atau SPRM boleh ziarah rumah aku. Tapi aku tak berdaya untuk buat pekak. Aku perlu ceritakan juga.

Aku tak salahkan MB dalam hal ini. Bagi aku isunya ialah "MB terlepas pandang" kerana kelicikan PenyamunNetwork@Perak dan kealpaan pembantu-pembantu yang sepatutnya lebih smart mengesan dan melapor.

Kisah malang cadangan projek tanaman Jatropha di Perak akhirnya berpindah ke Kelantan

Penyamun bercerita lagi ... seorang rakan penyamun bawa pelabur dari Jerman berjumpa MB untuk cadangan projek tanaman Jatropha. Syarikat yang ada kilang di India tu nak minta kawasan tanah kerajaan untuk dijadikan ladang Jatropha. Panjang lebarlah penerangan kepada MB berdasarkan proposal paper yang dibawa.

MB sangat berminat dengan cadangan tu lalu minta pelabur dan rakan penyamun tu berurusan dengan lawyer yang jadi penasihat ape entah kepada MB/kerajaan.


Bila berjumpa dengan lawyer tu, jawab dan sambutnya semua berbunyi "susah" dan "payah". Proses kelulusan oleh PTG rumitlah. Tempoh prosesnya lama sangatlah. Itulah inilah. Bla bla bla boleh blah. Penyamun kata, lawyer tu kata ... why not tanam je kat tanah-tanah yang dah ada hakmilik sama ada milik individu atau syarikat. Lawyer kata lagi ... kalau you nak, ada banyak tanah yang boleh ditunjuk. Tak payah la ambik tanah gomen. Payah. Susah. Lambat.


Wakil pelabur tu tak berminat dengan tanah milik individu atau syarikat. Dia ditugaskan berunding dengan kerajaan negeri untuk mohon tanah kerajaan. So dia dan rakan penyamun pun beralih ke Kelantan. Jumpa MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tok Guru dengar sendiri pembentangan cadangan tu sepenuhnya. Lepas tu Tok Guru panggil exco dan pegawai yang berkenaan untuk meeting hal tu. Tok Guru sendiri yang pengerusikan meeting tu. Keputusannya, kerajaan Kelantan setuju bagi kawasan kepada syarikat tu untuk ditanam Jatropha dengan ketetapan win-win situation yang dipersetujui bersama.

Perak banyak songeh - Kelantan dapat peluang!

Sekali lagi aku tak salahkan MB dalam kes no. 2 ni. MB minat. Dia serahkan kepada penasihat dan pembantu yang dipercayainya untuk memperinci dan memutuskannya. Yang celaru dan haru ialah manusia-manusia kepercayaan MB tu. Masalahnya ialah ... rakyat akhirnya akan menuding jari kepada MB. Itu yang aku tak puas hati. Bukan tak puas hati pada MB dan bukan juga tak puas hati pada rakyat. Geram dan meluat kepada Dato' Bendahara, Dato' Bentara Mangkubumi, Dato' Pujangga dan Dato' Nikah Kawin yang setia tapi ghaplah.  [di petik dari]

sebenarnya aku sendiri cemburu dengan jabatan perhutanan negeri kelantan, cerita diatas seakan sama apa yang  pernah dan akan berlaku di kelantan.  BALAK BALA BALAH , ramai yang bangsat jadi kaya keranamu BALAK (memohon kawasan balak dengan janji janji tertentu bukan berniaga balak, berniaga ada urusan jual beli ada untung rugi dan memerlukan modal yang besar)     kah kah kah kah !

Thursday, January 29, 2009

SAYAP UMNO MELEBARKAN SAYAPNYA

SAYAP UM NO anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Kumpulan sayap UM NO berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".  [lihat] .

GO SAYAP GO !!!!    kah kah kah kah

Datuk Ramly Zahary GILA TALAK !!

kerusi khas untuk Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary.( made in Monggolia)

Datuk Ramly Zahary sepatut nya mesti bekerja keras berpakat dengan seluruh MP BEE END membawa usul ke parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan  supaya Undang-undang Anti Lompat Parti dapat di kuat kuasa kan bukan nya dengan terlalak terlolong macam orang hilang ingatan, gila talak.

malu lah sikit pada PUTERI PUTERA  tu, jangan terlampau nak tunjuk jagoh, jaga lah  YB yang sementara masih ada lagi tu, hormati lah YB yang veteren jangan kesamping kan meraka, tapi yang pelik nya dah terantuk tak tengadah.....  hei ! sandiwara kot.

aku secara peribadi suka orang macam ni ada dalam UM NO , kuat sungguh semangat nya [lihat].

tapi bodoh tak tentu pasal orang dah benci,  benci, benci tak paham, ko patut jaga TOJOL ROSLI tu akhir MAC akan letak semua jawatan, ini apa masaalah nya pulak ?.

aku harap pindaan perlembagaan akan jadi kenyataan [lihat].

Wednesday, January 28, 2009

ASSALAMUALIKUM YB MANIK URAI !!!!!

YB DUN MANIK URAI TIDOR LAGI KE ?

photo dibawah  ini hanya hiasan sahaja.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

KETUA PUTERA DAN PUTERI UMNO BELAJAR RASUAH ?

Alahai biar kan lah budak budak tu, umor mentah lagi biar lah mereka belajar dan praktik kan dari abang abang kakak kakak pak cik datuk nenek mereka bagaimana cara nak dapatkan jawatan dalam parti dengan cara rasuah, bagaimana nak bolot harta rakyat, menjatuhkan kawan, mengumpul harta untuk kroni yang penting mesti beramal dan alim dalam ISLAM HDHARI.

Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail anda melihat dari sudut pengalaman dan pengamatan kerana anda orang lama, anda kata apa ? "Saya fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi main (guna) duit.

"Saya juga memikirkan barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbangkan kerana di England rasanya tidak ada pertubuhan wanita baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini.

anda turut mengakui gejala politik wang turut berlaku dalam pemilihan peringkat Puteri dan Putera Umno namun hingga kini masih belum ada pihak yang tampil membuat aduan secara rasmi.

"Saya dengar-dengar Putera, Puteri pun dah pandai main (guna) duit," [lihat] .

Itu kata anda, nanti tengok apa kata ketua pemuda, ketua putera, ketua puteri, ketua rasuah, ketua penyamun dan ketua penyangak pula.

P/S sudah terang lagi bersuluh makna nya ada laporan rasmi dan tak rasmi sampai kepada lembaga disiplin, masa kan tiada angin pokok bergoyang.


Tuesday, January 27, 2009

ZAHID DAH BENGONG

Siasat punca lompat parti - Zahid 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan lanjut perlu dilakukan bagi mencari punca tindakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti seperti yang dilakukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.


Ahmad Zahid berkata bantuan harus diberikan supaya tekanan peribadi tidak menyebabkan tekanan politik kepada wakil-wakil rakyat BN terutama di negeri-negeri yang diperintah pembangkang.

"Ini kerana mungkin daripada segi peruntukan, kita (Kerajaan Pusat) boleh membantu... Mungkin mereka mengalami masalah daripada segi membiayai aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebagai wakil rakyat," katanya.

Mengenai tindakan Nasaruddin itu, beliau berkata: "Memang saya tidak terkejut dengan keputusan itu... tetapi pada saya, beliau mungkin mempunyai sebab-sebab tersendiri (untuk melompat parti) dan harus kita ketahui (sebabnya)," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (I-Fest 09) di sini.
Kelmarin Nasaruddin mengumumkan keputusannya untuk keluar Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menyatakan tindakan itu diambil setelah lama mempertimbangkannya. BERNAMA mstar.
p/s ramai ramai umno zahid saja tak terkejut, kenapa sekarang baru fikir tentang bantuan bagi lah sekarang kau pun nak juga bukan ?, hei ! haji marlborro orang PR tak fikir itu semua kau tu menteri mulut celupar, kerana mulut UMNO ke PKR, apa lagi yang kau nak dera kan rakyat perak ? eh ! kata tak terkejut sekarang kau macam cacing kepanasan sebab ada lagi YB BN akan keluar menyertai PR     yabedabeduuuuuuuu  !!!!!!!!

Sunday, January 25, 2009

ANUGERAH UNTUK ZAHID HAMIDI

DUN BOTA Anugerah untuk zahid hamidi menteri di jabatan menteri perdana, tahniah !, zahid sepatut nya faham akan mesej dari DUN BOTA, adun ini Datuk Nasarudin Hashim bukan keseorangan tentu nya ada pengikut sendiri.

keputusan Datuk Nasarudin Hashim menyertai PKR juga merupakan mesej yang jelas untuk penyokong UMNO DUN BOTA dan PARLIMEN PARIT supaya keluar beramai untuk menyertai parti dalam PR kerana anda semua telah tidak bernilai lagi bagi pemimpin UMNO perak setelah anda memberikan kuasa dan darjat kepada mereka.

Kerana terlebih lajak dari laju zahid hamidi menghukum rakyat negeri perak dengan melarang Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri. Seolah olah tiada orang UMNO perak dalam negeri perak.

Kita tunggu pulak akan ada arahan dari nazri menteri dari perak akan hukuman nya kepada orang UMNO perak dan seterusnya dari menteri menteri lain selepas ini.

Kalau menteri menteri ini boleh menghukum, kenapa anda tidak ?, anda mesti ingat anda masih ada kuasa SAKTI untuk menghukum mereka , KELUAR BERAMAI RAMAI DENGAN MENYERTAI PR DAN MENUBUHKAN CAWANGAN CAWANGAN BARU, LEPAS ITU BARU ANDA TAHU SAMAADA ANDA BERHARGA ATAU TIDAK.


Saturday, January 24, 2009

MATI TIBA TIBA,MENGEJUT,PARU PARU BERAIR,KES BUNUH,MENCEROBOH,KERJA PEJABAT

Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah, mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya dekat Shah Alam hari ini.
   
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi ketika lelaki itu disoal siasat berhubung kes samun dan curi kereta mewah membabitkan kumpulan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.
   
"Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah klinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati," katanya, lapor Bernama.
Khalid berkata lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Puchong, ditahan pada 15 Januari lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan samun dan curi kereta mewah jenis Toyota Camry dan Honda Accord di Sungai Chua, Kajang.

Mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.
   
Khalid berkata keluarga lelaki terbabit ada memaklumkan lelaki itu menghidap penyakit asma.

Gani patail mengklasifikasikan (kes itu) sebagai kes bunuh

di KUCHING, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam berkata, polis akan menyiasat kes kematian Kugan.


Katanya beliau akan mengarahkan pegawainya untuk menyiasat kes tersebut secara terperinci sebelum sebarang tindakan dan keputusan dilakukan.

"Kita akan siasat, kerana saya difahamkan dia (Kugan) meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tiga penjuru pertama Ketua Polis Malaysia, Indonesia dan Brunei di sini.

Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana seoang pemuda A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan itu akan diteruskan kerana terdapat dakwaan bahawa kematian tahanan A. Kugan, 22, pada 20 Januari lalu berunsur penderaan semasa di lokap.

"Laporan bedah siasat yang didapati malam tadi menunjukkan tubuh mangsa mengalami kecederaan. Kita akan menyiasat punca kecederaan itu walaupun doktor mengesahkan ia (kecederaan itu) bukan punca yang menyebabkan mangsa mati," katanya pada sidang media perasmian kempen keselamatan lebuhraya Kajang-Seremban
(LEKAS) di ibunegara hari ini,

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam turut dipanggil oleh Polis Selangor berhubung insiden 'menceroboh' bilik mayat Hospital Serdang dalam kes kematian seorang suspek semasa dalam tahanan Selasa lalu.

Manikavasagam berkata, pihaknya mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa bilik mayat tidak diceroboh oleh mereka dan 50 yang lain, sebaliknya telah dibenarkan masuk oleh pegawai perubatan.

"Apabila dibenarkan kami masuk... saya tiba pada pukul 10 malam selepas diminta bantu oleh keluarga mangsa dan dua jam kemudian Murugaiyah pun datang," kata beliau yang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya ketika dihubungi untuk menguruskan proses bedah siasat kali kedua ke atas mayat suspek.

P/S mati tiba tiba, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut, asma, (kes itu) sebagai kes bunuh, paru-paru berair, (kecederaan itu) bukan punca yang menyebabkan mangsa mati, dipindahkan, melakukan kerja-kerja pejabat, akuuuu ! pening, bingung tak tau lah apa nak jadi negara kita sekarang ni, SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI ANDA BOLEH MEMBUAT PELBAGAI ANDAIN.


Thursday, January 22, 2009

RIHANNA DI NEGARA KELAHIRAN BARBADOS

EXCLUSIVE: RIHANNA THROWN OUT OF HER COUSIN'S WEDDING FOR BEING 'DISRESPECTFUL'!! JENGOK DISINI RAKYAT MALAYSIA

JENGOK LAGI DISINI.

INI KAH ISLAM HADHARI NAK AJAR KEPADA REMAJA MALAYSIA ??

Wednesday, January 21, 2009

KESIAN PENGUNDI BN NEGERI PERAK

Anak anak cucu cucuku dengar sini semua ! pada Rabu Januari 21, 2009 apalah malangnya bangsa melayu ni seorang menteri dari negeri perak yang kerajaan negerinya diperintah oleh PR telah melarang Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta. Lihatlah.

Salah satu petanda BE END akan hancur di negeri perak, penyokong BE END bawahan kena faham betul betul, kerajaan negeri perak sekarang ini dipilih oleh majority rakyat negeri perak sendiri, termasuklah bermacam macam penyokong parti yang ada di negeri perak ini berada bawah kerajaan negeri yang ada sekarang ini, semua rakyat dalam negeri tak kan takada urusan langsung dengan jabatan jabatan kerajaan negeri, kalau begitu lah caranya sikap seorang menter dari perak seolah olah dia turut mendera pengundi dia sendiri dan penyokong BE END negeri perak,

Jadi , sekiranya jika ada sebarang pilihanraya pada masa depan BE END mesti diajar supaya menteri ini tidak akan menjadi menteri lagi, seorang menteri yang bongkak lupa asal usul, tak sedar diri dia lupa kerana siapa dia boleh berada ditahap sekarang ini, orang perlis. Kedah, p.pinang, selangor, N9, melaka, johor, pahang, terengganu, kelantan lagilah tak pernah undi dia .

Anak cucu ! kalau dulu yang undi BE END lepas ini lupakan pemimpin BE END penting diri, pangkat , kroni, wang , terus saja undi PR Insyaallah.

Kesian orang BN perak dapat menteri yang tak reti DEMOKRASI orang PR biasa ditekan dan ditindas kami tak kesah.


Sunday, January 18, 2009

Kami ingin kan seorang calon First Class

Dalam kita suka gembira meraikan kemenangan calon PAS di PRK KT, sebenarnya banyak pengajaran yang dapat ditimba darinya, pertama bagaimana nak menjaga kemenagan itu, kita di DUN Manik Urai ni bagaimana ?, adakah kita selesa dengan keadaan sebegini selama lamanya, dengan tiada apa apa perancangan yang khusus bagi DUN kita untuk masa depan, siapa kah pemikir untuk mencetuskan idea, siapa cerdik pandai yang berilmu berwawasan mempunyai visi mendapingi wakil kita yang dapat menasihati memberi buah fikiran kepada wakil kita , saya rasa tidak ada sama sekali, yang ada hanyalah kaki bodek, bodoh, tak sedar diri, tak berpelajaran pun angkuh bercita cita ingin menjadi calon masa depan sekiranya penyandang sekarang memberi laluan atau menarik diri, inilah masaalah paling besar bagi DUN Manik Urai, setiap kali ada pilihan raya masaalah calon lah menghantui kami, seolah kami diperbodohkan, tidak adakah orang berkaliber atau berpelajaran, moralnya tinggi, dihormati masyarakat setempat, apabila kategori orang sebigini di pilih, adalah penentangannya, siapa ?, tak lain orang orang bodoh bengong tak sedar diri tadi lah menjadi penyibuknya, mereka ego ada puak tamak kuasa, kebendaan, lama lama Manik Urai boleh hancur, sejak berdekad dulu inilah masaalah nya bagi kami penyokong PAS di Manik Urai ini.

Kami ingin kan seorang calon First Class mewakili kami tak mahu lagi seperti yang lepas lepas IQ zero.


Saturday, January 17, 2009

TAK MASUK AKAL

[DIKEMAS KINI, 7.45 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kini mendahului kiraan undi setelah 34 peti undi selesai dikira.


Beliau memperolehi 7,992 undi berbanding 7,239 yang diterima calon PAS, Mohd. Abd Wahid Endut.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 44 undi.


Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 undi.

Sementara itu, Mohd Abd Wahid hanya memperoleh 86 undi manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi. lihat mstar.


Tuesday, January 13, 2009

PAS Kelantan berhati hati dengan Zamakhsari

PAS Kelantan mesti berhati hati dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, iaitu Zamakhsari dia ni proksi Ezam, Zamakhsari orang muda yang berjaya atas kekayaan sumber balak, ladang rakyat dan banyak lagi daripada kerajaan negeri Kelantan ini memelihara Ezam. Baca dibawah atau klik disini. Zulkifli yaacob jangan ketawa.
   
zulkifli yaacob.
 
Sabtu, Januari 10, 2009
Respon pembaca : Fairus ada hubungan dengan Ezam ? 
Oleh Sitai Dert

Alahai Fairus !!

Dalam artikel `Siri 32 - Fairus tidak tahu ada mesyuarat Exco Pulau Pinang', ada menyatakan bahawa Fairus ke Kelantan atas urusan peribadi ...

Urusan peribadi ini adalah urusan urusniaga untuk mengkayakan Fairus dan juga gerakan untuk menobatkan Fairus sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia pada tahun depan ketika pemilihan baru.

Kesemua gerakan-gerakan politik Fairus dimulakan di Kelantan. Ini kerana terdapat ramai kaki-kaki ampu daripada Angkatan Muda Kelantan terutamanya Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan sendiri yang berkiblatkan Zamakhsari iaitu proksi Ezam.

Umum mengetahui di Kelantan ini bahawa Angkatan Muda Kelantan ini masih lagi berhubung kait dengan Ezam.

Zamakhsari orang muda yang berjaya atas kekayaan sumber balak, ladang rakyat dan banyak lagi daripada kerajaan negeri Kelantan ini memelihara Ezam bahkan sekarang ini juga memelihara Shamsul Iskandar untuk mendapat tempat sebagai Bendahari Angkatan Muda Pusat.

Tidak pelik jika Fairus sanggup meninggalkan mesyuarat Exco semata-mata untuk datang ke Kelantan kerana beliau sekarang ini banyak belajar daripada orang Kelantan bagaimana untuk menjadi kaya.
.
Dicatat oleh Budak Selayang di 06:46




       

Thursday, January 08, 2009

AKU YAKIN

18 jan.2008 
Kuala Terengganu

Pengurus pilihanraya mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kawasan P036 PARLIMEN KUALA TERENGGANU dimenagi oleh calon dari PAS Abdul Wahid Endut mengalahkan calon BE END Ahmad Said MB samseng dengan majority melebihi dari Arwah penyandang dulu, demikian kata pengurus pilihanraya semalam.

TAKBIR ! ALLAHUAKBAR !!! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR !!! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR !!!




ZAHID HAMIDI KURANG AJAR KAH KAMU ?

Dato’ zahid hamidi apa kamu buat
Apa kamu belajar
Ada ilmu kah kamu
Menteri apa kamu
Setakat mana keislaman kamu
AJAR KAMU PEMIMPIN UMNO KURANG AJAR

Rakyat mewakilkan kamu
Jaga ugama
Jaga bangsa
Jaga warga keseluruhan

Sebelum jaga keseluruhan
Jaga dulu pemimpin umno keparat
Hina Allah
Hina Nabi

Pemimpin umno 
Hina Allah
Hina nabi

Hudud
Bukan PAS punya
Hudud
Untuk hamba Allah

Orang umno
Kamu hamba siapa
Umno menentang hudud
Orang umno menentang hudud
Pemimpin umno menentang hudud
Menghasut bukan islam menentang hudud

Keseluruhan umno
K****
D****
C*****
Tak ber****


P036 PARLIMEN KUALA TERENGGANU PAKAT UNDI PAS !!!!!!!!!

Saturday, January 03, 2009

calon PAS lawan MB k###ng ha***

pilihanraya kecil kerusi parlimen kuala terengganu bukan lah antara Abdul Wahid Endut calon PAS dengan Wan Ahmad Farid (Wan Salleh) calon BE END sebenarnya tapi calon PAS lawan MB k###ng ha*** Terengganu tu lihat video pengundi parlimen kuala terengganu nilailah sendiri, itu didalam dewan, lain tempat lain pulak aksi agaknya itu sebab idris jusoh mengaku kalah dengannya idris takut nak bertumbok dengan samseng tu, buat malu negeri Darul Iman yang MB nya kurang Iman. ALLAHUAKBAR  !!!!!!!!!

Friday, January 02, 2009

dun manik urai bahagian kuala krai berkaitan........

PAS. UMNO. NEGERI KELANTAN. KUALA KRAI. DUN MANIK URAI. LALOH. BUDI. MANJOR. LATA REK. PAS KAWASAN KUALA KRAI. UMNO BAHAGIAN KUALA KRAI. JANI LALOH. ABE JALAL. MAMAT BUDI. MAT IDI.DERAMAN BUDI.MAT YEE PPIYOH. SUHAIMI PERIA. AJAM LATA REK. PAS DUN MANIK URAI. CIK AZIZ CIK HARUN. CIK MAMAT. CAWANGAN CUCUH PUTERI. ZAMRI JUSOH. PARLIMEN KUALA KRAI. CHE ISMAIL CHE DERAMAN. DATO WAN ZAID. KUBANG BATANG. KETUA PEMUDA.UMMMM NO. TUAN AZIZ. GOPAL LEPAN JENUT. KIFALAH. KG RAGU LUAR. CIKGU MEE. ISMAIL YAACOB. NAWI KUCA. JUKI OMAR. MENTERI BESAR KELANTAN. ZULKIFLI YAACOB. JANI IKAN PAHI. SEMI KOKWOK &HDHR$#K.JL;L;’%?//)($# DR HATTA. KETUA BAHAGIAN KUALA KRAI. UMNO KUALA KRAI $^&*()?><&$#@$%.......................,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,...........000001276898709

siapa orang ini ?


anda kenal siapa orang ini, tolong komen.

menteri perdana besar menteri rakyat wakil PK kan hal ini sama

Nampaknya musim banjir tengkujuh belum nampak lagi redanya, beginilah setiap tahunnya, ini semua adalah kehendak Pencipta alam ini kita redho dengannya sebagai hamba, tambahan pula baru saja menyambut Aidi Adha tak lama lagi musim baru persekolahan, orang kaya, orang bergaji bulan, peniaga boleh berdiam diri menghadapi situasi musim sekarang ini, bagaimana orang yang tak berkerja tetap, kuli penoreh getah, boroh, nelayan (kuli), pekerja kelapa sawit (kuli) yang pendapatan bulanannya tak menentu kadang kadang kais pagi makan pagi. Ingat ! orang kaya, orang bergaji bulan, peniaga, menteri, cik gu, cik gi, DO, Rakyat wakil, CO, pengarah, jurutera, doctor, JKKKKKKK, ketua bahagian, menteri perdana bahawa kami orang yang tak berkerja tetap, kuli penoreh getah, boroh, nelayan (kuli), pekerja kelapa sawit (kuli) yang pendapatan bulanannya tak menentu ini kami diibaratkan kuli batak kamu semua, kerana GETAH, KELAPA SAWIT dan hasil laut adalah komoditi utama Negara bukannya kilang kereta, pelancongan, hasil sukan, BSKL. Kamu boleh berkata apa saja pasal kami, puas sudah kami berikhtiar untuk merubah kehidupan kami, tapi apakan daya kuasa Allah yang menentukannya, siapa kata kami tak impikan kesenangan, kerana keberkatan disisi Allah bukan nya pada kekayaan harta kemewahan, adakah kami yang bangsat miskin ini tidak diberkati Allah ?

Fikir kan lah pasal kami juga, yuran sekolah, pakain sekolah, peralatan sekolah kerana sekolah tak lama lagi bermula, jangan terlalu sibuk dengan pemilihan UMMMMMM NO, pangkat, pilihan raya, wahai pemimpin apa tugas kamu ?...

Kami tiada badan, persatuan, NGO yang memperjuangkan nasib kami, bilangan kami lebih ramai dari kakitangan kerajaan, kami juga mengundi pilihan raya, adakah undi kami tak dihargai ? kenapa harga barang mahal di nisbahkan dengan orang makan gaji, harga barang mahal gaji kami tak naik naik juga malah di cekik kami dengan harga getah murah, ikut ikut suka di buat harganya, celaka lah orang yang memerentah.

Dimusim tengkujuh, awal persekolahan inilah saat yang paling memeritkan kami.


Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM